Pages

Tuesday, 26 March 2013

Penjagaan Bateri Kereta

Tip penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta. Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:
Bateri Kering

Bateri Basah



Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering. Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.

Cara Penjagaan Bateri

Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.

1. Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal.Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain.Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.


2. Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.Cara untuk bersihkan adalah menerusi (diambil dari blog Tip Penjagaan Kereta):
Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
Satu sudu teh serbuk.
Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih.
Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.


3. Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu.Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.

Panduan Tukar Nama Hak Milik Kenderaan




Adakah anda baru pertama kali buat pertukaran nama hak milik kenderaan?. Disini ada sedikit panduan dan cara-cara untuk anda tukar nama hak milik kenderaan.

 Langkah Pertama
1. Pastikan kereta anda mestilah standard. Tiada modifikasi yang tidak dibenarkan atau belum mendapat kelulusan daripada kawalselia bahagian teknik JPJ.
2. No. casis dan nombor enjin ( tiada ganguan diketuk atau dikimpal semula)( ini untuk pengesahan identiti).
3. Tiada potong body, (potong sambung). Kalau setakat pillar potong sebatang, 2 batang tak ada masalah, janji jangan potong kesemua tiang pillar ( tiang pintu, yang 6 batang tu).
4. Cermin mestilah cerah. Kadar ketelusan cahaya bagi cermin depan wajib 70%, cermin sisi dan belakang 50%.

Langkah Kedua
1. Pergi Puspakom, ambil pas pelawat, tinggal IC..
2. Bawa kereta ke line tukar hak milik , sesetengah puspakom sekali dengan pemeriksaan kewangan dan Khas.
3. Bayar RM30. cakap kat diaorang nak buat tukar nama.
4. Tunggu sampai V.E ambil kereta korang.
5. Lepas siap dioarang periksa, ambil kereta dan parking kat tempat diaorang sediakan.
6. Tunggu sampai diaorang panggil ambil keputusan (VR1) sekarang warna merah kertas nya.

*Keputusan Puspakom (VR1) hanya tahan selama 1 bulan sahaja.




Langkah Ketiga
Setelah siap pemeriksaan puspakom anda perlu ke pergi JPJ.

1. Pergi kaunter pertanyaan.
2. Cakap nak buat tukar nama.
3. Nanti mereka akan bagi borang.
4. Untuk ic owner lama, nanti mereka akan bagi borang.. korang fotostat, kemudian gunting dan lekatkan di tempat yang disediakan.. kalau owner tak datang dengan anda, sila sahkan dipesuruhjaya sumpah.
5. Kalau roadtax masih hidup, anda pergi buat insuran atas nama anda dulu, tapi kalau nak mudah.. anda semua tunggu roadtax mati dulu.. tak payah hidup insuran.. tapi jangan pula sampai tamat tempoh (VR1) tadi.
6. Semak semula dokumen anda, bila dah cukup bawak balik ke koaunter peranyaan JPJ tadi..  suruh mereka tolong semak dokumen tadi.
7. Bila dah cukup, ambil nombor giliran tunggu sehingga dipanggil.
8. Sampai giliran anda bagi ic original dengan yuran bayaran rm 100.00.
9. Lepas tu mereka akan suruh anda tunggu sebentar.
10. Tunggu sampai kaunter panggil, tandatangan geran baru, kalau dah penuh geran lama tu le.. kalau tak tandatangan tempat yang disediakan.
11. Urusan selesai.

*Kos tukar hak milik nama dalam RM130 sahaja tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Petua Mendapatkan Harga Terbaik Beli Kereta



Maklumat mengenai kenderaan.
Selidik harga kereta yang bakal dibeli walaupun kereta baru kerana ketika persaingan dalam pasaran automotif sekarang, pengedar member pelbagai insentif menarik seperti hadia sampingan, subsidi kadar faedah dan kadar tukar beli yang tinggi. Jika kereta terpakai, pengetahuan mengenai harga pasaran sesuatu model boleh mengelakkan anda daripada tertipu.

Sesuaikan kereta yang bakal dibeli dengan kemampuan anda.
Jika tidak mempunyai wang tunai yang cukup, bertanya pada diri sendiri adakah mampu membayar ansuran bulanannya. Aspek lebih penting ialah memahami sepenuhnya proses ansuran (kredit), perjanjian dan dokumen penting lain

Jauhi dari tujuan yang tidak realistik.
Untuk memilih jenis kereta anda inginkan, utamakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup. Pilih kereta yang diperlukan. Ingat apabila memilih kereta yang mempunyai kelas eksklusif, biaya penyelenggeraannya memerlukan kos tinggi terutamanya daripada aspek bahan bakar.



Jangan berfikir untuk jangka pendek sahaja.
Contohnya, anda memilih kereta jenis tertentu kerana harganya murah namun dalam jangka panjang ternyata ia memerlukan pembiayaan tinggi. Ia membuktikan pilihan anda kurang tepat.

Jaga langkah pembukaan komunikasi anda.
Jika anda menyatakan terus harga dan kemampuan, ia member peluang penjual meletak harga sendiri dan akibatnya, anda kehilangan peluang tawar-menawar. Pembeli yang terlebih dahulu menyebut harga, biasanya bakal dimanipulasi peniaga.

Jadilah pendengar yang baik.
Semakin banyak berbicara, semakin banyak maklumat hilang. Lebih baik anda bertanya mengenai kenderaan dan cara pembayaran, kemudian fahamkan jawapan diberikannya.

Periksa dengan penjual yang lain.
Selepas berbincang anda harus berusaha mendapatkan maklumat lengkap mengenai kenderaan dan harganya. Untuk menguatkan pilihan periksa dan tanya kepada pengedar lain. Ia akan menghasilkan data yang kuat terhadap pilihan.

Jangan terburu-buru.
Jadikan membeli kereta bagaikan satu hobi. Kunjungi beberapa penjual di beberapa kawasan sebelum mula berbincang. Cubalah uji pandu kenderaan dari pelbagai jenis. Ajak teman yang arif supaya dapat menilai kenderaan hendak dibeli.

Kunjungi syarikat kenderaan terpakai apabila penjualnya tidak sibuk supaya dia dapat memberikan tumpuan kepada anda.
Tinggalkan syarikat berkenaan apabila anda tidak mencapai harga dikehendaki. Berikanlah nombor telefon kepada penjual itu jika dia mengubah pendirian menerima harga anda kehendaki.

Berfikiran positif.
Ketika berbincang, jangan berfikir negative atau banyak berbohong.

Lakukan perbincangan dengan mesra dan sabar.
Ketika memulakannya, jangan ceritakan jenis kereta diinginkan, katakan anda belum tahu sama ada hendak memilikinya dalam keadaan terdekat walaupun ia sudah menjadi agenda. Bukan berbohong, tetapi ia adalah satu teknik memulai perbincangan.

Penutup yang baik.
Penutupan adalah bahagian akhir dari sesebuah perbincangan. Apabila sudah berkomunikasi dan berbincang anda sudah dapat menilai kereta yang bakal dibeli. Katakana kepada penjual anda akan memikirkan semula kereta berkenaan dan menghubunginya selepas membuat keputusan. 

Petua Pilih Enjin Half Cut

 
Cara pilih halfcut yang TERBAIK
ni ada sket petua kalo korang nk beli enjin kt kedai potong...

1) bukak radiator cap. pastikan air dalam tu hijau cantek punyer...lepas tu jangan tutup...biar jek terbukak...pastikan air dalam tangki spare cukup... (hijau tu kaler coolant, kekadang ada yg merah)

2) bukak oil cap. tgk keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan...kalau karat, maknanye enjin da lama tak hidup...kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus)sendri mau igt
(kalau hitam dan pekat tak yah amik gak selain tu kalau ada kesan habuk2 besi kat oil cap atau tepi tu takyah amik gak)

3) tarik deep stick...lap 1x...tgk ade kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ade belang tu...maknanye enjin da lama tak idup @ minyak enjin lama tak tukar

4) kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...takyah amik... (kalau bleh check fin turbo tu ok gak tgk goyang ke tak)

5) biasanye hafkat, ade ejos separuh...korbankan skit tangan korang yg bersih tu, "colek" skit pada bahagian dalam ejos tu...tgk ade minyak ke tak...kalau ade minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknenye valve seal da bocor...

6) tgk mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ade banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpe...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, takyah amik...

8)apabila korang da betul2 puas hati ngan kriteria2 di atas, barula ko suh dia stat enjin...dengar dia punye autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke nih on...

9) kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh ko tau...tgk samada air dalam raditor tu, melompat keluar ke tak...kalau melompat jek...ko suh tokey tu matikan enjin, simpan balik hafkat tu, takyah amik...konpom banyak problem hafkat tu...lepastu ko biar je sambil tgk air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yg sama, tgk dekat ejos, mesti ade sedikit asap warna putih @ hitam (normal nih, sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ejos...ini tandenye....enjin tersebut berada pada tiptop condition...

10) perkara yg paling PENTING sekali masa beli hafkat nih, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar dia jalan dulu...lantakla kalau tak cukup minyak pun...suh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul2 dia punye idling, elok ke tak...

11) bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug da tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, hah, siap la korang kena hamun ngan tokey tu...

12) lepas tu...barula korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyale, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takde, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw2 punyer...

13) pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik...

yg penting sekali.....lepas idupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkup.

Friday, 15 March 2013

Penjagaan Sistem Brek


 


1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. INGAT! JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira di dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Petua Menggunakan Minyak Pelincir




Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak pelincir melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya ia boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar dari satu jenis ke satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil maksimum.

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan ia mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik.  

Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini perkara biasa?
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tidak ada bahan tambah pencuci di dalamnya dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.

Apakah maksud 5W-40?

Minyak pelincir ini ialah minyak pelincir multigred. Kesemua angka 5W, 10W, dan 40 mewakili gred kelikatan SAE*. 5W-40 bermakna minyak pelincir ini mempunyai unsur suhu rendah minyak pelincir 5W pada suhu rendah dan bertindak sebagai minyak pelincir kelikatan lebih tinggi (40) pada suhu tinggi. Minyak pelincir dengan satu angka, dikenali sebagai minyak pelincir monogred meliputi rangkaian suhu yang lebih kecil kerana sama ada ia terlalu likat atau terlalu cair pada suhu lain.

Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api

Thursday, 14 March 2013

Tips Untuk Mengurangkan Risiko Kehilangan Kereta



1. jangan parking di tempat sunyi atau kurang orang lalu lalang atau gelap di waktu malam.

2. jangan parking di satu2 lokasi lebih dari 2 hari. seorang atau sekumpulan pencuri punyai mata yg tajam dan memori yg bagus. masuk hari ke-3 kereta anda akan ghaib

3. jangan parking di tempat yg serupa setiap hari. ini memudahkan pencuri membuat perancangan

4. gunakan kunci steering atau kunci gear, cukup untuk beri delay. pencuri tidak suka delay dan mereka tidak akan ambil risiko.

5. sebaiknya parking kereta dgn keadaan roda membelok habis ke kiri atau kanan, ini menyukarkan kereta di tunda.

6. sebaiknya perking kereta dalam keadaan parking brake lock, begitu juga posisi gear (P untuk auto, sebarang gear bagi kereta manual)

7. bagi anda yang punyai kereta mahal, jangan sayang untuk berbelanja lebih. gunakan sistem alarm yg berkualiti seperti Cobra/Viper/Mambra dan sebaiknya bersama immobiliser. sistem alarm terbaik antaranya mempunyai pengesan ketukan tingkap, anti vibration, anti towing/jack dan juga GPS tracker. berbaloi.

ini kerana sekiranya kita membuat tuntutan insurans, pihak insurans akan tunggu siasatan polis ditutup dalam masa 6 bulan. ini kerana ada kemungkinan kereta anda dijumpai semula selepas beberapa bulan. jika tidak, maka polis akan tutup siasatan sebagai hilang dan insurans akan mula memproses bayaran.

pihak insurans pula akan mambuat siasatan dan ini termasuklah sama ada kehilangan kereta anda genuine atau disengajakan. sekiranya kereta anda diambil oleh 'Ah Long' atau dicuri di stesen minyak di mana kunci kereta terbiar, maka insurans tidak akan membayar. ini disebut kelalaian atau negligence.

bayaran pula dibuat mengikut nilai semasa kereta anda hilang. adakalanya, nilai pinjaman di bank lebih tinggi maka berakhir dgn kita masih berhutang beberapa ribu sedangkan keretanya tiada.