Maklumat mengenai kenderaan.
Selidik harga kereta yang bakal dibeli walaupun kereta baru kerana ketika persaingan dalam pasaran automotif sekarang, pengedar member pelbagai insentif menarik seperti hadia sampingan, subsidi kadar faedah dan kadar tukar beli yang tinggi. Jika kereta terpakai, pengetahuan mengenai harga pasaran sesuatu model boleh mengelakkan anda daripada tertipu.
Sesuaikan kereta yang bakal dibeli dengan kemampuan anda.
Jika tidak mempunyai wang tunai yang cukup, bertanya pada diri sendiri adakah mampu membayar ansuran bulanannya. Aspek lebih penting ialah memahami sepenuhnya proses ansuran (kredit), perjanjian dan dokumen penting lain
Jauhi dari tujuan yang tidak realistik.
Untuk memilih jenis kereta anda inginkan, utamakan pilihan yang sesuai dengan gaya hidup. Pilih kereta yang diperlukan. Ingat apabila memilih kereta yang mempunyai kelas eksklusif, biaya penyelenggeraannya memerlukan kos tinggi terutamanya daripada aspek bahan bakar.
Jangan berfikir untuk jangka pendek sahaja.
Contohnya, anda memilih kereta jenis tertentu kerana harganya murah namun dalam jangka panjang ternyata ia memerlukan pembiayaan tinggi. Ia membuktikan pilihan anda kurang tepat.
Jaga langkah pembukaan komunikasi anda.
Jika anda menyatakan terus harga dan kemampuan, ia member peluang penjual meletak harga sendiri dan akibatnya, anda kehilangan peluang tawar-menawar. Pembeli yang terlebih dahulu menyebut harga, biasanya bakal dimanipulasi peniaga.
Jadilah pendengar yang baik.
Semakin banyak berbicara, semakin banyak maklumat hilang. Lebih baik anda bertanya mengenai kenderaan dan cara pembayaran, kemudian fahamkan jawapan diberikannya.
Periksa dengan penjual yang lain.
Selepas berbincang anda harus berusaha mendapatkan maklumat lengkap mengenai kenderaan dan harganya. Untuk menguatkan pilihan periksa dan tanya kepada pengedar lain. Ia akan menghasilkan data yang kuat terhadap pilihan.
Jangan terburu-buru.
Jadikan membeli kereta bagaikan satu hobi. Kunjungi beberapa penjual di beberapa kawasan sebelum mula berbincang. Cubalah uji pandu kenderaan dari pelbagai jenis. Ajak teman yang arif supaya dapat menilai kenderaan hendak dibeli.
Kunjungi syarikat kenderaan terpakai apabila penjualnya tidak sibuk supaya dia dapat memberikan tumpuan kepada anda.
Tinggalkan syarikat berkenaan apabila anda tidak mencapai harga dikehendaki. Berikanlah nombor telefon kepada penjual itu jika dia mengubah pendirian menerima harga anda kehendaki.
Berfikiran positif.
Ketika berbincang, jangan berfikir negative atau banyak berbohong.
Lakukan perbincangan dengan mesra dan sabar.
Ketika memulakannya, jangan ceritakan jenis kereta diinginkan, katakan anda belum tahu sama ada hendak memilikinya dalam keadaan terdekat walaupun ia sudah menjadi agenda. Bukan berbohong, tetapi ia adalah satu teknik memulai perbincangan.
Penutup yang baik.
Penutupan adalah bahagian akhir dari sesebuah perbincangan. Apabila sudah berkomunikasi dan berbincang anda sudah dapat menilai kereta yang bakal dibeli. Katakana kepada penjual anda akan memikirkan semula kereta berkenaan dan menghubunginya selepas membuat keputusan.
No comments:
Post a Comment