Pages

Monday, 29 July 2013

Cara Tukar Nama Bagi Pemilik Asal Yang Telah Meninggal Dunia









BAGI KENDERAAN MOTOR PEMILIK BERDAFTAR MENINGGAL DUNIA: 
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009); Borang TM-3
    2. 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka); Borang JPJ K3A
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2).
    4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
    5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil).
    6. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
      1. Perintah Mahkamah; atau
      2. Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau
      3. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau
      4. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;
    7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa.

18 comments:

  1. macam kes saya jugak. nak tukar nama kereta mak ke nama saya. kena pergi mahkamah syariah mohon surat faraid. pastu naik mahkamah balik.. dapat surat baru bawak g amanah raya. pastu tunggu lagi. kena caj banyak gak dengan amanah raya ikot nilai semasa kreta. sakit jugak la, bila kes macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kena pergi Amanah Raya pulak
      ?

      Delete
    2. Abd rahman, surat pusaka amanah raya tu kena bawa skali masa apply tukar nama kenderaan kat JPJ. Tapi ada yg kata tak payah, cukup surat faraid dari mahkamah syariah. Itu kata orang la... Tapi memang penat sikit sebab kena dapatkan salinan ic dan sign semua waris si mati. Lepas tu kena pergi pesuruh jaya sumpah. Sabar je lah Malaysia ni, asik susahkan rakyat je gomen dia

      Delete
    3. tak perlu gi amanah raya dah..klu dah dpt surat faraid dari mahkamah syariah boleh terus gi proses wat inspection ngn puspakom dan seterusnya dgn jpj. Klu melalui amanarah raya ada kos n urusan jadi lambat...

      Delete
    4. boleh yer terus ke jpj tanpa ke amanah raya?

      Delete
    5. boleh yer terus ke jpj tanpa ke amanah raya?

      Delete
  2. Assalam Ku Deen, blh sy tahu tak charge ape yg dikenakan oleh amanah raya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm ayee, amanah raya caj 4% dari nilai kenderaan. Kalau harga kreta tu masih ada nilai rm30k, so caj lebih kurang rm1200. Lepas tu GST 6% dari rm1200 tu..bayar kat gomen..kayo gomen kito :)

      Delete
    2. Bagaimana nak Tau angaran kereta adakah perlu kemana2 agensi bertauliah untuk dapatkan harga nilai semasa kenderaan stay Kita semua buat angaran harga jer..

      Delete
    3. *atau Kita sendiri buat angaran harga semasa kenderaan tersebut...

      Delete
  3. yang mana mahkamah boleh dapat surat perintah mahkamah untuk menukar hak milik kenderaan yang telah menninggal dunia ?

    ReplyDelete
  4. Hi Nizam,

    Nak tny.... Kalau loan keta x habis Bayar lagi tapi org tu dah meninggal Mcm mane? Bole terus pegi mahkamah syariah ker Amanah Raya?

    ReplyDelete
  5. Kalau utk kenderaan shj....elok pergi amanahraya, cepat.

    ReplyDelete
  6. Saya ad beli motor..tpi owner dah meninggal dunia..owner org indonesia..macam mna nk tukar nama yaa..mohon bantuan..geran ad

    ReplyDelete
  7. salam, itu urusan kereta motor .Macam susah dan rumit.Klau urusan harta sepercarian lagi pening .Amanah raya caj ...caj..caj..nak senang , ambik hibah takaful , no caj ...free saja

    ReplyDelete
  8. Masalah sy sekarang ni kereta atas nama mak sy..so masa arwah hidup kereta tu dah jual so geran dekat owner baru tapi xsempat tukar nama arwah pergi buat selama lamenye..mcm mne nk buat ni??

    ReplyDelete
  9. saya nak tanya . ayah saya dah meninggal . so saya nak tukar nama bil air ngan bil elektrik atas nama orang lain . macam mana cara ya ?

    ReplyDelete