Pages

Tuesday, 6 May 2014

Penjagaan Gear Auto Proton Perdana




2010 proton proton-perdana 2.0 V6

Bila seburt pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.



Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti henjut terus kereta 200km dari KL sampai Johor.  Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana henjut 200km tanpa henti. Jadi selepas anda membaca artikal ni, anda tidak perlulah nak henjut kereta anda begitu sekali, jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.



Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.
Bagi peminat perdana dan suka pada sistem auto maka anda perlulah menjaga gearbox auto perdana ini dengan teliti dan berdisplin. Jika anda ikut apa nasihat yang saya berikan ini, Inn Sha Allah ia akan bertahan lama. 

Yang penting jangan terlalu lasak semasa pemanduannya.

24 comments:

  1. Assalamualaikum..maaf tegur info tidak tepat
    1- pengunaan atf myk gear auto 8000/5000 (info salah)

    2-apa kaitan coolant dengan prestasi gearbox.

    3-tips penjagaan utk gearbox auto..tambah external atf cooller. Sbb model v6 sebelum tahun 2009 tiada external atf cooller...hanya yg tahun 2009 keatas ada.

    Harap tuan buat penyelidikan sebelum bg info.takut pembaca salah paham.jika minyak gear auto perlu tukar setiap 5000 km...tahu kah tuan brp kos ia? Kos tukar myk auto agak mahal sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t,kasih atas lebih pencerahan.. semoga dapat membantu pembaca...

      Delete
    2. Model yang ada gearbox cooler keluaran 2006 keatas enhanced 3 version

      Delete
    3. Xlogik minyak atf kena tkr setiap 8k minyak enjin pon 10k xkn setip kali srvis tkr minyak enjin nk kena tkr atf skali

      Delete
  2. Salam...sy ada masalah dgn proton p sei..pagi lambat masuk gear..apa masalahnya dan apa yg perlu saya buat..tolong klu ada info yg boleh bantu???

    ReplyDelete
  3. Salam...sy ada masalah dgn proton p sei..pagi lambat masuk gear..apa masalahnya dan apa yg perlu saya buat..tolong klu ada info yg boleh bantu???

    ReplyDelete
  4. tgh pikir nak bli proton perdana v6 alfa.....apa pandangan kawan2 ku...minta pandangan yg memiliki perdana v6 alfa

    ReplyDelete
  5. tgh pikir nak bli proton perdana v6 alfa.....apa pandangan kawan2 ku...minta pandangan yg memiliki perdana v6 alfa

    ReplyDelete
  6. Tambah intercooler untuk sejukkan minyak gear box ya?berapa kos untuk tambah ATF tu tuan siap pasang dan adakah ianya membantu sejukkan gearbox v6 itu?mohon pencerahan,sya merancang nak beli perdana v6 model 2006. Inshallah waktu terdekat ini

    ReplyDelete
  7. Tambah intercooler untuk sejukkan minyak gear box ya?berapa kos untuk tambah ATF tu tuan siap pasang dan adakah ianya membantu sejukkan gearbox v6 itu?mohon pencerahan,sya merancang nak beli perdana v6 model 2006. Inshallah waktu terdekat ini

    ReplyDelete
  8. saya nk tnya?
    gear box perdana saya sllu hentak2''tengah lari 110km'''tibe2 tukar sendiri ke gear 1''apa masalah nye ye''?tolong bantu''

    ReplyDelete
    Replies
    1. cube pg cuci valvebody gearbox.mungkin dah tersumbat dan berkerak.sbb tu flow minyak auto x cantik dan sering sentak2 tkar gear sendiri.gearbox auto perdana sesuai dengan enjin 1.6/1.8.oleh kerana enjin perdana v6 2.0, maka kadar kehausan clucth plate lbih tinggi dri kereta lain.dengan itu akan terjadinya serdak2 habuk clucth yang banyak sebelum tiba waktu menukar minyak auto.tkar sekali auto filter.pasang auto cooler gearbox bg model yg lama.(model baru sudah sedia ada).semoga dapat membantu tuan.

      Delete
  9. Semua masalah berkaitan dgn gearbox..tukar seketul brapa harga pasang n upah ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalammulaikum, kalau kat sarawak harga dalam RM 1800 tak termasuk pasang. Kalau boleh cari yang sesuai dengan perdana. Sebab kalau yang original gear box tak sesuai dengan perdana. Terima kasih.

      Delete
  10. Semua masalah berkaitan dgn gearbox..tukar seketul brapa harga pasang n upah ..?

    ReplyDelete
  11. Penjagaan sebenar gearbox.
    Minyak shj tukar pd 20k mileage
    Minyak n filter tukar pd 40k mileage
    Tambah ATF oilcooler utk penyejukan.
    Tambah oil treatment jika ada budget setiap kali tukar minyak utk jaga oil seal leak n miyak lambat panas.
    Pengunaan lasak jgn terlalu kerap.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum.. Sy salah seorang pengguna proton perdana v6 tahun 2008,ada shbt sy mmberitahu cara yg lebih baik adalah menukar gearbox asal ke gearbox jenama RVR lebih tahan lasak dan tahan lama.. Soalan sy adakah ianya betul.. Sekadar ingin berkongsi.. Tksih

    ReplyDelete
  13. Minyak auto jenis apa yang sesuai untuk proton perdana...

    ReplyDelete
  14. Perdana v6 memang terbaik,saya pun pakai perdana v6 ok je,dia pergi memang mantol

    ReplyDelete
  15. Perdana v6 auto memang power

    ReplyDelete