Pages

Wednesday, 26 December 2012

Masalah Drive Shaft


Drive Shaft ni terletak di bahagian roda hadapan, Drive Shaft ni ada dua di bahagian roda kanan dan kiri. Macamana nak kesan kerosakan benda ni? Saya nak share sikit pasal kerosakan benda ni. Di awal kerosakan ia akan berbunyi sedikit sewaktu hendak belok. Atau jika kita masuk gear dan hendak pecut ia akan berbunyi seakan bunyi benda mengetuk. Anda juga akan terasa tayar kereta bergegar ketika memandu.Untuk kepastian anda jek kereta dan pusingkan roda kedepan kebelakang laju-laju. Kalau bunyinya sama seperti bunyi yang anda dengar bermakna Drive Shaft anda rosak. Kos baiki Drive Shaft ni dalam RM1xx (Baru) untuk kereta tempatan la. Kereta luar negara saya tak pasti berapa kos dia.

No comments:

Post a Comment