Pages

Thursday 22 September 2011

Petua tinted cermin kereta



Tinted cermin - Ini kita kena betul-betul periksa. Saya pernah tanya JPJ dan JPJ kata mereka tak pernah meluluskan mana-mana produk tinted cermin. Cuma mungkin pengeluar kata mereka telah menguji tahap ketelusan cahaya dengan produk mereka dan melepasi tahap yang dibenarkan. Tapi hati-hati, produk tinted cermin ni memang betul melepasi tahap yang dibenarkan tapi cermin asal kereta kita mempunyai lebih kurang 90% tahap ketelusan cahaya dan jika ditambah dengan tinted yang didakwa melepasi tahap had dibenarkan iaitu 50%, ketelusan cahaya selepas ditinted jadi 40%. Ini tak lepas kalau JPJ test. Lagi satu berhati-hati dengan produk yang membalikkan cahaya pada waktu panas seperti gold dust dan sebagainya. Saya pernah tanya JPJ, jawapan mereka, memang betul ia melepasi tahap yang dibenarkan tapi ia membalikkan cahaya dan ini membahayakan pemandu lain dan ini menjadi satu kesalahan.

Petua stabilizing bar

Stabilizing bar sebenarnya bar ni tak perlu kerana ia cuma berfungsi kalau kita memandu melebihi 140km/j dan mengambil selekoh pada kelajuan ini. Bar ini sepatutnya dipasang bersama dengan tayar berprofil rendah dan bersuspension keras (sport). Bagaimanapun tak salah kalau nak nampak cantik cuma agak membazir.

Petua silicon plug wire

Silicon plug wire - Memang cantik kalau buka bonet, enjin kita berwarna warni tapi hati-hati kerana saya pernah jumpa kereta mengalami kebocoran piston kerana menukar plug cabel yang terlalu baik bersama platinum plug. Kalau kita berhasrat menukar plug cabel, pastikan kita memilih plug yang sejuk sedikit(kepala ke dalam). Tanya mekanik tentang plug sejuk dan plug panas..

Petua air filter kon


Air filter kon - trend sekarang, bila buka bonet enjin, nampak kon air filter. Memang cantik tapi hati-hati, salah beli mungkin enjin kita akan mengalami kerosakan kekal yang menelan belanja yang tinggi untuk diperbaiki. Maksud saya tak salah kita menukar kon air filter, kerta akan terasa ringan, pick-up terasa bertambah, tapi minyak kuat sikit. Cuma pilih kon filter yang mempunyai liang yang dapat menghalang sepenuhnya habuk dari memasuki enjin kerana kalau habuk masuk ke dalam enjin kemungkinan jangka hayat enjin kita akan pendek. Sebenarnya kenaikan kuasa bhp apabila menukar kon filter tidaklah begitu ketara cuma meningkat 0.5%-1.0%.

Petua cari sportrim kereta

Setiap pemilik kereta menyimpan cita-cita untuk memasang sportrim terbaru pada kereta mereka. Memang cantik tetapi berhati-hati dengan saiz sport rim yang anda pilih. Salah pilih, lepas 3 bulan, semua undercharage bush dan arm dan balljoint habis kena tukar. Jadi bagaimana memilih sport rim yang sesuai.
Kalau rim asal kereta kita cuma bersaiz 13 inci dan 5 1/2 inci lebar dan menggunakan tayar saiz 175/70, pastikan rim yang anda pilih bersama saiz tayar mempunyai diameter keseluruhan yang sama dengan yang asal (minta kedai tayar menasihatkan anda). Kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan speedometer kita tidak tepat, clearance terkeluar, aligment susah masuk, kereta jadi berat, pick-up tak ada, minyak makan kuat, terasa seperti naik kuda di highway.

Kereta yang jimat minyak.

List keter yg paling menjimatkan..yg dpt rumuskan setelah membaca article berkenaan;

1. Honda Civic Hybrid
2. Kia Picanto
3. Smart
4. Proton Savvy
5. Kancil Viva
6. Produa kelisa
7. Honda City
8. Saga 1.3 manual
9. Myvi
10. Toyota Vios

Pandangan peribadi jer utk kereta bawah 1500cc kecuali civic hybrid.

Wednesday 21 September 2011

Petua membasuh kereta.

Nak beli shampo cuci kereta mahal? anda boleh gunakan sabun pencuci pinggan yang cair atau shampo rambut untuk mencuci kereta. Gunakanlah span yang lembut dan jangan gunakan kain atau span yang telah digunakan mencuci tayar atau rim untuk mencuci body kerana kesan minyak atau kotoran pada tayar akan merosakkan warna kereta anda. Selesai membasuh jangan lupa lap kereta anda sehingga kering..
P/S: Jangan gunakan sabun mandi.

Petua motosikal bocor ditengah highway.

Bagi penunggang motorsikal pastinya masalah tayar bocor sewaktu perjalanan jauh di highway adalah perkara yang membingungkan. Nak pula pada waktu malam dan tidak membawa apa-apa alatan pembuka tayar atau tiub.
  
 Disini ade la petua sikit nak bagi sebab pernah terjadi pada seorang kawan dan bolehlah kalau nak buat semasa terdesak ditengah Highway. Anda cume perlukan screwdriver. ape yang perlu anda buat ialah cungkil tayar tersebut seperti biasa nak buka tayar.
  
 Setelah selesai anda cari rumput-rumput sebanyak mungkin. jangan risau kat highway mesti ada rumput kemudian sumbatkan rumput-rumput tersebut dalam tayar yang bocor. Pastikan sumbat rumput dalam tayar penuh dan mampat. Pasang semula tayar dan teruskanla perjalanan dengan perlahan sehingga ke destinasi atau kedai berhampiran.

P/S: Pastikan angin tayar cukup sebelum memulakan perjalanan jauh.

Petua cermin kereta retak di tengah jalan.

Sekiranya semasa anda sedang memandu dan secara tiba-tiba cermin hadapan kereta anda pecah dah retak seribu terkena batu atau benda. Ape yang anda perlu buat ialah jangan panik dan kurangkan kelajuan kenderaan sambil perlahan-lahan belok ke sisi jalan. Pastikan anda berhenti dan parking kenderaan anda tidak mengganggu lalulintas lain. Ok sekarang ape yang perlu anda buat ialah cari pita pelekat / siletap yang lebar 2 atau 3 inci. Kemudian tampal kesemua cermin dari dalam dan lakukan perlahan-lahan agar keretakan cermin tidak melukakan jari anda.
Selepas itu pastikan semua retakan pada cermin tersebut telah ditampal pita pelekat. Cari kain sebesar tuala dan alaskan diatas dashboard kereta. Kemudian perlahan-lahan anda tolak cermin tersebut keluar. Pastikan tangan anda menggunakan sarung tangan atau balut dengan kain. Setelah cermin berjaya dikeluarkan pastikan sisa-sisa kaca dibersihkan.
Kemudian pandulah kereta anda ke kedai cermin yang berhampiran sebelum meneruskan perjalanan.
P/S- Jangan memandu dalam keadaan cermin retak.
       -Pastikan gunakan pita pelekat yang kuat.

Rahsia nombor pada tayar

Di bawah ini adalah panduan untuk makna nombor yang paling penting bagi sebuah tayar. Sebagai contoh, kita akan teliti nombor berikut: 175/70R13 82H. Nombor 175 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar tayar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu. Nombor 70 menyatakan nisbah aspek (aspact ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Dalam contoh, ketinggian tayar adalah 70% kelebaran tayar itu. Biasanya tayar dengan nisbah aspek 55 kebawah diklasifikasi sebagai tayar profil rendah. Tayar profil rendah memberi prestasi pengendalian keseluruhan yang lebih bagus walaupun aspek keselesaan mungkin boleh terjejas sedikit.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor "82" kami perlu merujuk kepada carta "index keupayaan mengangkut tayar berat" yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 82 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 475 kilogram. Berat maksima meujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 475 x 4 = 1900 kg)

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.
Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S - 180 km/j
T - 190 km/j
U - 200 km/j
H - 210 km/j
V - 240 km/j
Z - melebihi hadlaju 240 km/j
W - 270 km/j
Y - 300 km/j
Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan

petua kunci tertinggal dalam kereta.


Jika tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam. Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.

Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.

Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.

Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.


Buat donut drift

Pusing stereng ikut arah putaran jam dalam masa yang sama Berikan Impak / Kejutan Pick up dengan menekan throttle minyak + Clucth Jump pedal Clucth jika rasa pick up kereta tak mampu melibas bontot kereta. Apabila dah rasa Bontot kereta dah mula melibas, sebelum ianya melebihi takat angle rack kereta lalu terpusing @ spin out , maka cepat-cepatlah balas stereng bertentangan arah putaran jam ketika bontot sedang melibas  agar tidak understeer dan jadi angle yang betul.
Selepas itu, jika berjaya dan tak understeer, Kekalkan kawal minyak mengikut tempoh tak lebih dan x kurang [ tekan lepas tekan lepas throttle minyak tu ]. Begitu juga stereng. sama seperti di video atas.
Buat bulatan tu sampai rasa puas dan takkan spin out dengan angle yang betul.
teknik membalas stereng kearah bertentangan dengan laju adalah lepas stereng sambil tekan throttle minyak. Kemudian tangkap semula stereng apabila ianya dah ke tahap angle yang sesuai sebelum Over. Sebab kelajuan tangan takkan mampu membalasnya dengan laju jika hanya memusing. So praktikkan guna dua tangan agar ianya kemas. Jangan biasakan guna sebelah tangan tau!

Tuesday 20 September 2011

Cara sejukkan enjin kereta terlalu panas


Walaupun enjin kereta anda dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Namun, enjin boleh disejukkan kembali dengan menghentikan kenderaan dan mematikan enjin, membuka bonet dan selepas itu, jika perlu mengisi radiator dengan air sejuk.

Enjin yang terlalu panas kerana terlalu lama dihidupkan setelah membuat perjalanan jauh juga boleh mengundang bahaya jika lewat bertindak kerana ia boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan.

Tapi ketika memandu, anda tentu bimbang jika penunjuk meter yang menentukan tahap kepanasan enjin menghampiri peringkat H (hot).

Kepanasan enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Cara bajet membaiki kereta.


Kemek dan calar-calar mencacatkan pandangan pada sebuah kereta. Dalam banyak keadaan kita terpaksa hidup dengannya kerana kemek dan calar kecil sedemikian sering kali dirasakan tak berbaloi untuk dihantar ke bengkel ketuk dan cat lantaran kos pembaikannya agak tinggi dan memakan masa beberapa hari.

Tetapi sebenarnya tanpa kebanyakan kita sedar, ada kaedah pembaikan yang lebih mudah dan murah. Kaedah pembaikan kemek dan calar kecil sebegini kini sedia ditawarkan di pasaran menerusi perkhidmatan Dr Dent. Ia adalah perkhidmatan pembaikan kemek dan calar tanpa memerlukan kereta dicat semula.

Menerusi kaedah pembaikan PDR yang sudah diamalkan di Amerika Syarikat sejak berpuluh-puluh tahun lalu itu, kemek dan calar kecil pada kenderaan boleh dihilangkan dengan mudah tanpa pemilik kenderaan perlu menghantar kereta ke bengkel. Sebaliknya, Dr Dent akan datang membaiki masalah itu pada kos yang munasabah di mana-mana lokasi yang diminta pelanggan.

Pembaikan bagi kemek tanpa kerosakan cat sebesar hingga satu inci (2 1/2 cm) akan dicaj RM80 dan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk disiapkan. Sedangkan ketuk dan cat seluruh panel yang boleh membabitkan kos sehingga RM200 dan perlukan satu hingga dua hari untuk disiapkan.

“Menerusi perkhidmatan ini, pelanggan tidak perlu bimbang kemungkinan cat panel yang baru diketuk tidak sama dengan cat asal kereta mereka,” kata Will Yong, Pengarah Urusan Dr Dent.

Dr Dent juga membaiki calar kecil terutama pada bamper. Sentuhan kemasan yang dilaksanakan dapat disiapkan dalam tempoh antara empat hingga lima jam dan dikenakan bayaran RM240.

“Kami juga menawarkan perkhidmatan mengembalikan sinar lampu depan dan sistem penjimat bahan api,” katanya dalam satu pertemuan dengan Berita Minggu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. 



Yong berkata, industri membaik pulih kenderaan masih baru di Malaysia dan sebahagian besar Asia, tetapi ia mempunyai potensi pertumbuhan besar sejajar dengan pertumbuhan pesat ekonomi serantau.

“Dengan persekitaran yang semakin berdaya saing, menghantar kereta ke bengkel bukanlah antara perkara yang digemari, justeru perkhidmatan Dr Dent mengatasi masalah itu,” katanya.

Perkhidmatan itu setakat ini hanya ditawarkan di sekitar Lembah Klang, tetapi rancangan sudah disusun untuk dikembangkan ke kawasan lain.

Cara hidupkan kereta semasa bateri lemah.




Pemilik kereta akan berasa gelabah apabila keretanya tidak boleh dihidupkan kerana bateri lemah atau ada masalah lain pada enjin. Kegelisahan bertambah ketara apabila masalah itu berlaku ketika terburu-buru untuk ke pejabat, hospital atau ada temu janji.

Ada sebab mengapa enjin jika tidak dapat dihidupkan walaupun kunci sudah diputar ke arah ‘start’. Apabila enjin tidak dapat dihidupkan dengan mudah kerana bateri atau motor starter dalam keadaan rosak, biasanya enjin dapat start dengan prosedur berikut:

1: Menghidupkan enjin dengan menolak kenderaan bagi kereta manual. Meskipun bateri dalam keadaan lemah, enjin akan dapat dihidupkan dengan cara menolak kenderaan apabila bateri sekurang-kurangnya masih dapat dapat menerangkan lampu besar.

Pertama, nyalakan suis kemudian mintalah bantuan dua atau tiga orang untuk menolak kenderaan anda ke depan. Apabila kenderaan sudah berjalan cukup cepat, maka lepaskan pedal. Apabila enjin sudah dapat berfungsi, pijaklah segera pedal sementara itu pijaklah pedal minyak untuk meninggikan putaran enjin.

Menggunakan prosedur yang sama, kereta juga dapat dihidupkan dengan cara ditarik kenderaan lain. Apapun, prosedur kedua-dua teknik itu tidak dapat digunakan untuk kereta automatik.

2: Satu lagi cara ialah dengan menghidupkan enjin dengan pertolongan bateri dari kenderaan lain. Jika ada kenderaan lain dengan bateri yang baik dan tersedia kabel yang cukup panjang, maka enjin dapat dihidupkan dengan menghubungkan terminal positif dengan positif dan negatif dengan negatif dari kedua-dua kenderaan itu. Kaedah ini dapat dilakukan apabila kedua-dua bateri mempunyai kuasa yang sama.

Ketika suis kontak starter diputar, lazimnya motor starter berfungsi tetapi ada ketikanya gandar enjin tidak berputar. Dan dalam keadaan lain pula, ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tetapi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba. Dalam keadaan itu, antara kerosakan yang mungkin berlaku adalah kerosakan pada motor starter, gigi motor starter atau roda daya rosak.

Kejadian itu bukan kali pertama terjadi. Dalam keadaan lain ketika suis kontak diputar, motor starter berfungsi dan gandar enjin berputar cepat tetapi enjin tidak dapat berfungsi atau ketika suis kontak starter diputar, enjin dapat berfungsi tidak berjalan dengan baik dan kemudian mati dengan tiba-tiba.

Dalam kedua-dua kes itu mereka mungkin berhadapan dengan kerosakan pada sistem penyaluran bahan bakar (sistem petrol) atau sistem penyalaan. Apabila motor starter berfungsi dan dapat memutar gandar enjin dengan baik, tetapi enjin tidak dapat berfungsi, maka hal itu menunjukkan kerosakan tidak berlaku pada bateri dan peralatan start.

Biasanya, apabila proses mampatan dapat berjalan lancar, enjin tidak akan secara tiba-tiba rosak. Justeru, kerosakan harus dicari pada sistem penyaluran petrol dan sistem penyalaannya.

Bila keadaan itu terjadi, perkara yang harus diperiksa adalah: adakah minyak dalam tangki, adakah minyak dalam karburetor cukup? Jika cukup, ini bermakna kerosakan mungkin terletak pada sistem penyalaan.

Jika melimpah pula (karburator basah), enjin sukar dihidupkan kerana minyak yang masuk dalam ruang pembakaran terlalu banyak. Minyak melimpah biasanya terjadi kerana tutup jarum yang mengendalikan minyak ke ruang pelampung (dalam karburator) tidak berfungsi, mungkin tersekat habuk. Jika melimpah adalah sebab kegagalan enjin dihidupkan, keluarkan minyak daripada karburator, bersihkan kotoran ditutup jarum dan masuk semula minyak.

Enjin yang karburetor melimpah boleh dihidupkan dengan cara berikut. Pijak pedal petrol sepenuhnya, jalankan motor starter. Minyak yang masuk dari karburetor ke silinder melalui saluran isap dapat dihilangkan dan selepas itu enjin dapat berfungsi. Kawal injak minyak sedemikian sehingga putaran enjin terlalu tinggi.

Penjagaan radiator kereta.

  Radiator adalah komponen sampingan kereta yang berfungsi untuk menyejukkan enjin. Namun begitu ada juga kereta yang tidak mempunyai radiator kerana ia menggunakan sistem penyejukan udara seperti VW atau Volkswagon, tapi rata-rata kereta di atas jalan raya sekarang menggunakan radiator.

Sistem penyejukan air dapat menghalang enjin menjadi terlalu panas kerana air digunakan untuk menyejukkan bahagian enjin dan kemudian melalui radiator, air akan disejukkan sebelum masuk kembali ke dalam enjin.

Dengan cara ini dalam keadaan berhenti pun enjin dapat dihidupkan pada jangkamasa yang lama tanpa menghadapi masalah overheating. Tetapi enjin yang menggunakan sistem penyejukan udara akan menghadapi masalah overheating apabila kereta tidak bergerak dalam satu jangkamasa yang lama kerana ia memerlukan udara yang bergerak untuk menyejukkan enjin.

Cara penyelenggaraan radiator:
1. Buka kunci hos di bahagian bawah radiator (kunci ini biasanya diperbuat daripada plastik) dan penutup radiator dan biarkan air mengalir sehingga tiada lagi air mengalir daripada radiator.

2. Buka air daripada pili (mesti dengan kadar aliran yang sederhana kuat) dan masukkan ke dalam radiator, tunggu sekejap sehingga air mula keluar daripada radiator, kemudian hidupkan injin.

3. Biar air mengalir keluar sehingga air yang keluar daripada radiator tidak lagi berkarat atau berwarna teh susu atau milo.

4. Matikan enjin, pasangkan kembali kunci hos di bahagian bawah radiator dan isikan radiator dengan air pili tanpa menggunakan coolant sehingga penuh.

5. Hidupkan enjin tanpa menutup penutup radiator. Sepatutnya, selepas beberapa ketika, apabila enjin panas, air di dalam radiator tidak akan mendidih. Kalau mendidih, ini bermakna terdapat non function di bahagian tertentu sistem penyejukkan. Mungkin radiator tersumbat, atau termostat tidak berfungsi.

Perkara ini perlu dilakukan setiap tiga bulan atau lebih kerap bagi mengelakkan radiator tersumbat atau sistem aliran air di dalam enjin tersumbat dengan karat air atau karat besi. Jika ini berlaku, suhu enjin tidak lagi menjadi normal dan mungkin akan naik sedikit dan besar kemungkinan, overheating boleh berlaku.

Penggunaan coolant boleh memendekkan jangka hayat pam air dan termostat dan juga boleh menyebabkan radiator tersumbat. Sekiranya radiator tersumbat, ada kedai yang boleh membersihkan radiator tanpa perlu menanggalkan radiator dengan menggunakan mesin khas.

Sekiranya radiator bocor, sila ke bengkel dengan segera untuk menukar sama ada baru atau terpakai.

Insurans


Sebarang entiti yang cuba mengalih risiko (perseorangan, korporate, atau sebarang bentuk persatuan) menjadi pihak 'pengambil insurans' sebaik sahaja risiko diambil alih oleh 'pengeluar insuran -insurer', pihak pembeli insuran menurut kontrak, ditakrifkan sebagai 'polisi' insuran. Kontrak perundangan ini menyatakan syarat dan terma (terms and conditions) menyatakan jumlah perlindungan (ganti rugi) yang akan diberikan kepada pembeli insuran, oleh pengeluar insuran sebaik sahaja menanggung risiko, sekiranya berlaku kerugian, dan kesemua bencana yang dilindungi (jaminan ganti rugi), bagi tempoh kontrak.


Apabila pihak pembeli insuran mengalami kerugian bagi bencana khusus, yang jaminan tersebut memberi hak kepada pemegang polisi bagi membuat 'tuntutan' terhadap pemberi insuran bagi jumlah yang ditetapkan oleh kontrak polisi. 'Yuran' yang dibayar oleh pembeli insuran kepada pemberi insuran bagi menangung risiko dikenali sebagai 'premium'. Permium insuran daripada ramai pelanggan digunakan bagi membiayai akaun dana yang diketepikan bagi pembayaran tuntutan akan datang - secara teori bagi sejumlah kecil penuntut - dan bagi kos overhed. Selagi pembekal insuran mengekalkan dana mencukupi yang diketepikan bagi kerugian yang dijangkakan, perbezaan baki menjadi untung mereka.

Insuran murah.



Insurans kereta mampu milik ialah sukar untuk mencari hari ini. Tetapi jika kamu bersabar dan tekun cukup untuk kerokan ufuk bagi insurans kereta yang sempurna, anda hanya mungkin bernasib baik untuk mencari satu.
Anda akan perlu untuk melakukan kerja rumah anda walaupun merayu undi, berat pilihan, menimbangkan berapa banyak premium yang anda mampu membayar dan bagaimana yang dilindungi yang anda mahu.
Sebaik sahaja anda telah membuat keputusan yang antara menawarkan anda telah dianggap paling responsif kepada keperluan dan keupayaan anda untuk membayar, maka yang seharusnya apa yang berpatutan untuk anda. Ingat bahawa istilah relatif. Oleh itu, insurans kereta yang mampu dimiliki hanya demikian, berdasarkan apa yang anda mampu dan sanggup untuk keluar uang dan risiko.
Insurans Kereta murah – berat Pilihan
Semangat di sebalik menginsuranskan adalah untuk membeli perlindungan walaupun sebelum anda perlukan. Insurans perlu memberi anda ketenangan fikiran (dan komoditi ini tidak datang murah kebanyakan masa itu) supaya apabila anda memerlukan bantuan, anda dijamin untuk mendapatkan. Insurans kereta diperlukan di 47 negeri. Ini akan memberikan anda idea betapa pentingnya ia benar-benar.
Undang-undang yang berbeza di seluruh negara tentang berapa banyak perlindungan yang anda perlu mendapatkan. Adalah bijak untuk memeriksa keperluan minimum negeri anda. Kemudian jika anda mampu, anda mungkin ingin mempertimbangkan liputan pilihan untuk perlindungan tambahan.
Anda telah mempertimbangkan beberapa faktor apabila memutuskan insurans yang berpatutan Kereta yang anda ingin mendapatkan. Tahu bahawa rekod memandu anda mempengaruhi syarikat insurans premium akan menawarkan anda.
Sekiranya kenderaan anda dilengkapi dengan keselamatan yang lebih baik, lebih canggih dan ciri-ciri keselamatan, yang juga boleh menjejaskan bernilai polisi anda. Sudah tentu, pertimbangan yang paling penting adalah berapa banyak yang anda bayar. Anda akan mampu untuk menentukan jika anda membaca di cetak halus, boleh dikatakan, dasar-dasar yang anda ditawarkan.
Pakej insurans anda kemungkinan besar akan berubah-ubah dalam perlindungan yang mereka tawarkan daripada liabiliti semata-mata, pertembungan dan kepada yang menyeluruh. Terdapat juga dasar yang termasuk perbelanjaan perubatan jika anda tercedera dalam kemalangan, dan membantu dengan kereta anda di mana-mana pemandu yang tidak diinsuranskan atau underinsured menyebabkan kerosakan.
Insurans Kereta murah – Membuat keputusan muktamad
Ia adalah sesuai bahawa anda mendapat perlindungan komprehensif untuk insurans kereta anda. Lagipun, jika anda mahu perlindungan, mengapa tidak pergi untuk paling lengkap? Terdapat polisi insurans komprehensif di luar sana yang tidak akan payudara poket anda. Sekali lagi, anda perlu bersabar dan perlu tahu di mana untuk melihat.
Terdapat juga beberapa syarikat insurans yang menawarkan pakej diskaun jika anda mendapat kedua-dua rumah anda dan insurans kereta dari mereka. Jika anda mempunyai lebih daripada satu kereta untuk nama anda, perhatikan juga untuk diskaun kereta pelbagai.
Jangan lupa sebab sebenar mengapa anda cari insurans kereta yang berpatutan – untuk menjimatkan wang. Tetapi jika anda terlalu berminat untuk mencubit sen tanpa memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa yang mungkin berlaku jika anda di bawah insurans, anda adalah sia-sia meletakkan diri anda dalam risiko kewangan. Sekali lagi, insurans kereta yang mampu dimiliki hanya demikian, berdasarkan apa yang anda dapat dan bersedia untuk keluar uang dan risiko

Tip pemanduan selamat..

Sekiranya anda merancang untuk memandu jauh dalam masa yang terdekat samada untuk tujuan ‘balik kampong’ bersama isteri dan anak-anak, pergi bercuti atau untuk tujuan bertugas / perniagaan, jangan keluar rumah sebelum mengambil petua pemanduan di bawah.
Baca lagi untuk mengetahui bagaimana untuk mengelakkan kesesakan, menjimatkan wang, dan yang lebih penting sekali ialah memastikan keselamatan sepanjang pemanduan anda.
  1. Sebelum memulakan pemanduan jarak jauh, sila pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya dan juga makan terlebih dahulu sebelum berangkat. Meminum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi tidak semestinya cara yang terbaik untuk mengelakkan terlelap ketika memandu. Walaupun pada awalnya anda akan merasa lebih cergas, kesannya akan menjadi berkurangan sedikit demi sedikit, dan anda akan mudah hilang tumpuan walaupun dalam keadaan terjaga.
  2. Berhenti di tempat perhentian yang selamat atau stesyen Rehat dan Rawat (R&R ) setelah beberapa jam memandu, walaupun anda tidak terasa mengantuk. Ambil makanan ringan, dapatkan udara segar, dan kendurkan kaki anda dengan berjalan di sekitar kawasan perhentian. Ambil sedikit masa untuk tidur jika perlu.
  3. Jika boleh, kongsikan tanggungjawab pemanduan bersama rakan atau pasangan anda. Ini akan membolehkan anda dan pasangan membuat pemantauan secara bergilir ketika tidak memandu dan juga membolehkan anda berehat atau tidur sebentar tanpa berhenti dan kehilangan banyak masa. Sekiranya anda memandu bersendirian, buka radio atau muzik serta buka tingkap kenderaan. Elakkan dari menggunakan ‘cruise control’ sekiranya memandu bersendirian pada waktu malam – pemanduan manual yang memerlukan tumpuan bagi mengekalkan kelajuan akan membantu anda untuk sentiasa terjaga.
  4. Sekiranya anda terpaksa berhenti, elakkan dari meletakkan kenderaan di bahu jalan atau di lorong kecemasan dalam mana-mana keadaan sekalipun kecuali dalam keadaan kecemasan.
  5. Ketahui undang-undang jalanraya sepanjang perjalanan anda berkenaan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. Walaubagaimanapun, sekiranya bercakap menggunakan telefon bimbit adalah di benarkan di sesetengah negara, adalah lebih selamat sekiranya anda menggunakan peralatan ‘hands-free’.
  6. Sekiranya anda tidak mengetahui tentang tip berikut, anda patut malu pada diri anda sendiri. Jangan minum minuman keras sebelum, ketika memandu atau apabila tidak memandu….
  7. Dapatkan maklumat tentang cuaca melalui radio atau perhatikan langit dan keadaan cuaca sepanjang perjalanan. Rancang semula perjalanan sekiranya perlu. Perubahan arah perjalanan akan membantu menjimatkan banyak masa anda terutamanya ketika berlaku penutupan jalan atau kesesakan lalulintas di sebabkan kejadian banjir atau tanah runtuh.
  8. Layari laman web atau buka radio apabila menghampiri bandar-bandar utama untuk mendapatkan berita terkini berkenaan keadaan lalulintas.
  9. Anda sepatutnya merancang arah perjalanan yang tepat sebelum meninggalkan rumah – tetapi bawa juga bersama anda peta jalanraya sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya ada terdapat sebarang perubahan atau tersesat.
  10. Sekiranya anda menggunakan kereta sewa atau kenderaan yang tidak biasa anda pandu, sila biasakan diri terlebih dahulu dengan kenderaan tersebut dan juga biasakan dengan peralatan dan kelengkapan didalam kenderaan tersebut (i.e. horn, brake, lampu kecemasan dll.)
  11. Kunci barang-barang berharga didalam bonet atau’glove compartment’ dan susun kesemua beg pakaian di dalam bonet.
  12. Kenalpasti undang-undang jalanraya setempat lebih-lebih lagi apabila anda memandu di luar negara. Untuk undang-undang antara bangsa, sila lihat Renting a Car Abroad.
  13. Pastikan kenderaan anda di dalam keadaan yang terbaik – yang mana tayar mengandungi angin secukupnya, air dan minyak enjin berada di tahap yang baik dan tangki minyak telah diisi secukupnya. (Untuk pemanduan yang agak jauh, anda perlukan seorang mekanik untuk membuat pemeriksaan yang lengkap.)
  14. Fikirkan untuk menyertai keahlian AAA atau mana-mana syarikat yang di percayai. Anda tidak akan menyesal sekiranya berlaku sebarang kerosakan dimana-mana.
  15. Amalkan cara pemanduan yang menjimatkan petrol bagi meminimakan kos. Kurangkan kekerapan penggunaan brek dan menekan pedal secara mengejut secara silih berganti. Keluarkan bebanan yang tidak Perlu daripada kereta anda, jangan memecut bagi mengurangkan penggunaan petrol.
  16. Jangan menunggu sehingga tangki minyak anda mencecah tahap ‘E’ untuk mengisi semula minyak. Dalam perjalanan yang anda tidak biasa melaluinya, anda tidak tahu bilakah anda akan bertemu dengan station minyak. Sebaik sahaja tahap petrol anda mencecah satu perempat daripada tangki, cuba cari tempat untuk mengisi semula tangki minyak kereta anda.
  17. Apabila bersama kanak-kanak, pastikan anda berhenti sekerap yang mungkin -  bukan sahaja untuk makanan ringan atau ke tandas, tetapi ianya juga bertujuan untuk bersantai. Kenalpasti tempat-tempat perhentian yang menyediakan kemudahan permainan untuk kanak-kanak. Sediakan permainan, buku dan hiburan di dalam kereta untuk anak-anak anda.
  18. Sekiranya anda ingin membeli bekalan makanan-makanan ringan untuk di makan sepanjang perjalanan, beli di pasaraya atau kedai-kedai runcit kerana harga yang di tawarkan adalah lebih murah berbanding di stesyen minyak atau R&R.
  19. Dalam perjalanan yang jauh, sediakan tuala kecil, Tupperware dan peti penyimpan ais untuk simpanan makanan. Anda juga perlukan first-aid kit, lampu suluh, bantal dan selimut. Sediakan juga ‘jumper cables’ dan tayar spare.
  20. Akhir sekali, sebagaimana yang telah semua ketahui tetapi amat mustahak dan perlu ditekankan disini: Tolong pastikan bahawa semua pemandu dan penumpang telah memasang tali pinggang keledar. Ini bukan sahaja untuk tujuan keselamatan, tetapi di sesetengah tempat, ianya menjadi prasyarat dalam mematuhi undang-undang jalanraya

Tip perancangan kewangan islam..

Kesedaran terhadap TAKAFUL Insuran secara Islam, atau lebih dikenali sebagai TAKAFUL merupakan suatu alternatif kepada ummat Islam khususnya untuk menyertai insuran samaada insuran hayat ataupun sebagainya.
Takaful tidak terhad kepada Islam sahaja, dalam Islam, ianya terbuka kepada seluruh manusia, samaada Cina, India, Melayu dan sebagainya.
Disebabkan perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful di negara ini berlandaskan Syarak, perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka menjadi persaingan kepada insurans yang berbentuk konvensional yang telah lama beroperasi di Malaysia.
Perkhidmatan takaful secara umumnya kurang mendapat sambutan dari masyarakat Islam sendiri kerana kurangnya kesedaran mereka terhadap peranan takaful didalam kehidupan dan ekonomi mereka walaupun perkhidmatan (produk-produk) yang ditawarkan oleh pengendali takaful memang berlandaskan Syarak.
Urusniaga dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengendali takaful lebih mementingkan keadilan, ketelusan dan sikap tolong menolong dikalangan pesertanya didalam perlaksanaannya.
Faktor-faktor lain yang menjadi penyebab kurangnya sambutan dari masyarakat ialah kurangnya pemahaman, kurang lebihan pendapatan dikalangan mereka untuk membuat sesuatu tabungan atau perbelanjaan tambahan, persaingan dan inovatif perkhidmatan (produk) dari pengendali insurans konvensional dan beberapa faktor lain.
Dalam pada itu, satu kajian telah dibuat oleh Universiti Utara Malaysia mengenai kurangnya kesedaran terhadap kepentinggan Takaful.
Objektif utama kajian ialah untuk mendapatkan maklumat mengapa sambutan dari masyarakat Malaysia terutamanya dan masyarakat Islam amnya masih kurang menyertai takaful ataupun tidak memilih takaful bagi keperluan insurans mereka.
Hasil kajian ini mendapati bahawa insurans secara Islam kurang mendapat sambutan dari masyarakat berbanding insurans secara konvensional.
Pengetahuan, persepsi dan keyakinan dari masyarakat terhadap takaful adalah masih ditahap yang rendah walaupun insurans secara Islam ini telah diketahui lebih memberikan manafaat dan pulangan yang setimpal jika dibandingkan dengan insurans konvensional .

Sumber : www.greatfinancial.blogspot.com

Tips Membeli Kereta Terpakai..

 
Apabila mahu membeli kereta melalui iklan yang disiarkan di akhbar, atau di mana-mana, kita sewajarnya menentukan penjual kereta itu tulen atau sebaliknya kerana ada penjual kereta terpakai menyiarkan iklan seolah-olah merekalah pemilik sebenar kereta berkenaan bagi menambah keyakinan pembeli bahawa mereka sebenarnya berurusan langsung dengan pemilik.
Ketika membuat panggilan telefon untuk bertanya mengenai kereta yang diiklankan itu, kita harus bijak supaya tidak terpedaya dengan orang yang menjawab panggilan. Seboleh-bolehnya tegas tetapi bukan kasar ketika bercakap. Jika berasa sangsi, mungkin kerana pelbagai helah diberi, sebaiknya hentikan urus niaga itu, jangan membuang masa. Antara tips membeli kereta adalah:
1. Jangan beli keta yg sudah modified termasuk
- lowered
- sport rim yg terlalu besar dan bukan original
- dashboard yg berlubang2 akibat pasang meter aksesori atau speaker
- tinted terlalu gelap
- warna asal sudah ditukar
- enjin asal sudah ditukar termasuk turbo
2. Jangan beli keta yg terlalu banyak pemilik dalam tempoh terntentu. sebuah keta 10 tahun mungkin ada 2 atau 3 owner tetapi kiranya ada 4 owner dalam 6 tahun, tinggalkan.
3. Do your homework - check harga purata pasaran dan pastikan dealer dapat menandingi harga tersebut termasuk memberi diskaun berpatutan. jika dealer tidak mahu menurunkan harga, walk away. cari dealer yg lain.
4. Start enjin ketika enjin sejuk. jika enjin sudah panas, datang semula esok hari dan pastikan enjin tu tetap sejuk. enjin boleh memberi 2 jenis reaksi berbeza ketika dihidupkan sejuk atau panas.
5. Lihat bawah enjin, jika basah dgn minyak - tanda maintenance tidak bagus. melainkan dealer sanggup baiki FOC, tinggalkan kereta itu.
6. Lihat ekzos ketika enjin panas. jika ada asap putih kebiruan, jangan beli
7. Cuba enjut keta di semua bucu. jika melantun lebih 2 kali, tinggalkan.
8. Start enjin dan on aircond. jika aircond terasa sejuk di, ok. kalau lambat nak sejuk. tinggalkan.
9. Walaupun warna keta adalah cat asal, tetapi sekiranya baru di spray ada petanda yang tidak menyenangkan. bayangkan keta sudah 7 tahun tapi cat macam baru. accident? susah nak cakap. dealaer boleh kata apa saja - jangan percaya.
10. Semak bacaan kilometer pada meter kereta. Biasanya sesebuah kereta mencatatkan purata 20,000 kilometer setahun. Jika kereta yang hendak dibeli itu berusia dua tahun, tetapi sudah mencatatkan 100,000 kilometer atau lebih km, anda dinasihatkan mencari kereta lain.

Harga smarttag...

LORONG TAMBAH NILAI DITUTUP BAGI LANCARKAN TRAFIK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

KUALA LUMPUR: Lorong tambah nilai Touch 'n Go Lebuhraya Utara-Selatan ditutup mulai Isnin hingga Khamis ini dan dari 16 hingga 19 September bagi memastikan kelancaran trafik sempena cuti umum Aidilfitri dan Hari Malaysia. Sebagai alternatif, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan membuka kaunter tambah nilai di beberapa kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya itu semasa lorong tersebut ditutup. Bagi tempoh Isnin hingga Khamis, kaunter tambah nilai akan dibuka di kawasan rehat dan rawat Gurun (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Utara), Tapah (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Seremban (Arah Selatan), Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) dan Pagoh (Arah Utara).

Sementara itu, mulai 16 hingga 19 September, kaunter tambah nilai akan dibuka di Gurun (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Seremban (Arah Utara), Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) dan Machap (Arah Selatan).

PLUS juga menawarkan harga istimewa untuk SmartTag sempena musim perayaan ini iaitu RM90 berbanding RM120, manakala kad PLUSMiles pada harga RM5 daripada RM10 mulai hari ini hingga 15 September, sementara stok masih ada.

PLUS berharap langkah tersebut menjadi satu inisiatif mempromosi penggunaan sistem pembayaran elektronik ketika waktu puncak sempena musim perayaan. - BERNAMA

Semak saman melalui SMS

 


Untuk semak saman melalui SMS:

POLIS SAMAN (no pendaftaran kenderaan) OR POLIS SAMAN (no ic) dan hantarkan ke 32728

Untuk dapatkan semua maklumat saman anda leh SMS:

POLIS SAMAN (no pendaftaran kenderaan) SEMUA atau POLIS SAMAN (no ic) SEMUA dan hantar ke 32728

Boleh jugak nak check secara online klik kat link bwh ni :
Untuk bayar secara online boleh click kt link bwh ni :

Tips nak menjimatkan penggunaan petrol.....

1. Pemanduan Yang Peka...
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara
melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan
kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar.
Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunaka lebih
banyak bahan api. Elakkan mengekori kenderaan lain.
Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak
anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga.
Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya
sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.

2. Awasi Had Laju..
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan
melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j
selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol.
Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.

3. Hindari Berat Berlebihan..
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda,
terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia
boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

4. Elakkan Hidupkan Enjin Lama...
Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi
yang dingin. 2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.

5. Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk...
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu
yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti
mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi “klik”.

6. Gunakan Gear Tinggi.
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh
meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya.
Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi
secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.

7. Tutup Cermin Tingkap.
(Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang
terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%

8. Secara Umum..
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan
penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan
gear diletakkan pada posisi “neutral” jika berhenti atau tidak bergerak.
Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara
dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan
penggunaan minyak.

9. Periksa Tekanan Tayar..
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak
sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi
kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali

Perbezaan minyak yang korang perlu tahu....

DI Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar.
RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium.
Bermula 1 September ini, klasifikasi penjualan minyak petrol di negara ini akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97.
Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.75 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.
Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.
Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.
Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.
Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded.
Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia, (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B.
Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.
Adakah petrol RON95 berkualiti rendah? Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.
RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana.
Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio?
Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking).
Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana.
Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.
Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.
Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama.
Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.
Jangan percaya pada pandangan salah. Terlalu ramai ‘pakar’ automotif hari ini. Cuba taipkan RON dalam Yahoo Malaysia, nescaya pelbagai forum akan membincangkan tentangnya.(kosmo)

6 cara nak jaga kualiti tayar kereta...

Pertama
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

Kedua
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

Ketiga
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

Keempat
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

Kelima
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.


Keenam
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

Monday 19 September 2011

Penjagaan enjin turbo...


1. Check minyak hitam setiap pagi bagi memastikan kandungan minyak hitam mencukupi. jangan pulak lenjan keta sampai minyak hitam kering. Pastikan jugak penggunaan gred minyak hitam yang seuai. for example.. 15W 40 atau 10W 40. base bagi minyak mestilah pekat dan agak likat sebab jika menggunakan minyak enjin berbase rendah contohnyer 0W 30 atau 5W 55, ini akan secara tak langsung akan menghakis dinding turbine anda ketika merembat atau overrev.

2. Coolant juga penting bagi enjin yang yang pakai sistem turbo ni. sedar tak sedar, sebenarnya selain minyak enjin, air juga digunakan untuk menyejukkan turbine. oleh yang demikian, coolant tu pun tak kurang penting. pastikan kandungan coolant mencukupi. ada segelintir pemilik keta turbo memasang sistem oil cooler pada kenderaan mereka, cara ini juga berkesan untuk memastikan suhu turbine terkawal tapi kos penyelengaraan agak mahal. terpulang pada anda untuk memilih.



3. Bagi mereka yang gemar melakukan overrev, pastikan gear shifting adalah tepat. silap haribulan, bukan setakat turbo kong, siap ngan enjin-enjin skali. siapa yang susah, mereka dan keluarga mereka. kat sini la terbukti bahawa penggunaan auto-shift light tu tak kurang pentingnya. sekurang-kurangnyer, ada amaran overrev dan membuat kita agak-agak la sket nak rev tinggi-tinggi. paling max sesebuah sistem turbo bleh menunjukkan boost pressure yang tinggi adalah pada 4500 - 6500 rpm. tak perlu nak santak sampai 7000 or redline baru nak shift gear.

4. Penggunaan air-cond juga mempengaruhi kerosakkan pada sistem turbo. elakkan daripada menggunakan air-cond terlalu lama ketika kenderaan tak bergerak. jangka hayat turbin jadik pendek sket sbb setiap kali jika rpm berubah ketika kipas radiator berpusing, secara tak langsung turbin pun turut tepusing selama lebih kurang 30 milisec. bukak la tingkap skali skala. jimat gak minyak. heheheh...

5. Turbo timer juga amatlah penting bagi kenderaan yang berkuasa turbo ni. ia berfungsi bagi membolehkan cooling down pada enjin dan turbo serta menghabiskan sisa minyak berlebihan pada intake enjin dan melakukan cut-off pada turbin. timer ni bebetul berfungsi pada hakikatnya walaupun sesetengah individu mengatakan penggunaan timer tu adalah sekadar nak menunjuk yang keta pakai turbo.

Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam 'makan' tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek 'jam'. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Punca Stereng Jadi Berat,...

Ada ketikanya pemandu tidak berasa selesa apabila stereng menjadi semakin ketat dan berat. Anda perlu menggunakan lebih tenaga untuk memutar stereng dan keadaan ini menyusahkan terutamanya ketika meletak kenderaan dan apabila perlu banyak membelok.
Antara sebab keadaan ini berlaku termasuk tekanan tayar depan yang terlalu rendah, penjajaran (alignment) tayar depan yang kurang tepat, kekurangan atau kerosakan minyak pelincir di dalam kotak gear stereng, kekurangan gris pada sambungan rod stereng atau pengalas tayar depan dan penyelarasan yang kurang sempurna pada peralatan pengemudian.
Apabila berhadapan dengan keadaan sebegini, mula-mula periksalah tekanan tayar hadapan dan pelinciran sambungan rod stereng. Agar pemeriksaan dapat dilakukan dengan mudah, tongkatlah kenderaan hingga kedua-dua roda depan tergantung. Kemudian periksalah adakah sambungan dan skru sistem pengemudian cukup ketat.
Antara bahagian yang harus diutamakan pemeriksaannya termasuk kotak gear stereng, sambungan bebola atau gantungan depan termasuk hujung dan pangkal rod pengikat. Untuk mengetahui kerosakannya, putarlah stereng ke kiri dan ke kanan. Selepas itu putarlah stereng ke kanan penuh, kemudian gerakkan stereng sedikit ke kiri dan ke kanan.
Sistem pengemudian mempunyai peranan yang sangat penting, maka waspadalah terhadap pelbagai kelainan yang wujud. Dalam keadaan lain pula, ketika memandu kenderaan di atas jalan yang datar, stereng terasa cenderung untuk berputar ke sesuatu arah. Jadi, stereng terpaksa dipegang dengan kuat untuk mengelakkannya terus berputar ke satu arah.
Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan tekanan tayar kiri dan kanan yang tidak sama, diameter rim kiri dan kanan yang tidak sama, penyelarasan penjajaran roda depan kurang tepat, pegas (spring) gantungan depan yang sudah lemah, patah atau kurang baik pemasangannya, penggalas roda depan sudah rosak atau kurang baik penyelarasannya dan brek dari salah satu roda depan atau belakang bergesel.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, pertama pastikan bahawa beban kenderaan cukup seimbang. Kemudian periksalah sama ada kedua-dua tayar depan dan belakang sama tekanannya. Jika tidak, samakan. Pandu kenderaan perlahan-lahan di atas jalan datar. Luruskan arah kenderaan, rasa dan perhatikan bagaimana kenderaan berjalan. Apabila kenderaan masih cenderung untuk membelok ke satu arah, hentikan kenderaan dan lakukan pemeriksaan seterusnya.
Diameter luar rim kiri dan kanan (untuk roda depan dan belakang) harus sama. Kemudian periksa adakah salah satu pegas depan sudah lemah atau patah. Selain itu, ada kemungkinan juga penyelarasan brek kurang baik atau hanya sebelah yang berfungsi.
Kerosakan pada sistem kemudi boleh menjejaskan sistem keselamatan. Oleh itu, penjagaan aspek penjajaran roda depan tidak boleh dipandang ringan.

Tayar Haus Antara Punca Kenderaan Bergetar

Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.

Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui. Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan. Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya. Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.

Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah....

Sebelum ini anda mengisi RM30 untuk mengisi petrol kereta anda dan boleh bergerak hingga 200 kilometer. Kini dengan jumlah yang sama kereta anda cuma dapat bertahan 150 kilometer saja. Ada yang mengatakan kereta anda sudah kuat makan petrol.
Penggunaan petrol yang bertambah disebabkan beberapa faktor seperti kebocoran, permukaan bahan api dalam ruang pelampung karburetor terlalu tinggi, penapis udara tersumbat atau pelarasan skru pada karburetor kurang tepat.

Selain itu, ia mungkin berpunca daripada saat penyalaan kurang tepat, plag haus, suis pemutus arus terbakar, mampatan tidak cukup, injap yang tidak berfungsi, ekzos tersumbat, masalah pada cekam atau brek bergesel.
Bagi mengetahui puncanya, pertama, pemilik perlu memeriksa dengan melihat pada tempat meletak kenderaan.

Jika ada bekas titisan minyak atau terhidu bau petrol di kawasan itu, bermakna kenderaan mungkin mengalami kebocoran dan ia perlu dihantar ke bengkel untuk dibaiki. Bagaimanapun, jika kebocoran berlaku pada sambungan paip petrol, ketatkan sambungan yang longgar menggunakan spanar dan jika masih bocor, buka skru berkenaan dan lilitkan benang vinil dan ketatkan sambungan itu kembali.
Sebenarnya ada beberapa tip dan cara yang paling minimum untuk menjimatkan penggunaan bahan api sekali gus menjimatkan perbelanjaan harian anda. Sehubungan itu, adalah penting bagi anda memerhatikan kadar penggunaan petrol bukan sekadar harganya tinggi tetapi penggunaan bahan itu secara berlebihan menandakan enjin kereta anda mengalami kerosakan.
Jika anda mendapati penggunaan petrol pada kenderaan secara berlebihan, periksa puncanya sebelum membeli sebarang alat bantuan mengurangkan penggunaan petrol yang banyak di pasaran. Ini kerana pembelian alat berkenaan mungkin tidak memberi kesan sepatutnya jika keadaan enjin kereta anda mengalami masalah hingga menyebabkan penggunaan petrol bertambah. Umumnya cara terbaik mengekalkan tahap penggunaan petrol ialah dengan melakukan pelarasan enjin.
Selain itu, perkara penting yang perlu diketahui pengguna ialah sikap dan cara pemanduan kerana ia banyak mempengaruhi penggunaan petrol kereta. Antaranya, menggunakan gear dua atau tiga terlalu lama sebelum menukar ke gear seterusnya, tabiat menekan pedal minyak terlalu kuat ketika pemanduan mendatar atau menuruni bukit boleh menyebabkan penggunaan petrol yang berlebihan. Sehubungan itu, apabila anda melakukan pelarasan enjin, ia membantu mengurangkan penggunaan petrol sehingga 15 peratus di samping teknik memandu yang salah juga menjadi punca penggunaan petrol melebihi 20 peratus atau lebih.
Di samping itu, anda juga perlu mengetahui apabila membawa bebanan yang lebih daripada kadar yang sesuai juga menyebabkan kadar penggunaan petrol melebihi dari tahap biasa.

Oleh itu, anda perlu perhatikan dalam but kereta anda, mungkin ada banyak barang yang tidak sepatutnya berada dalam but tetapi dibawa ke sana ke mari. Ia pasti menambah beban enjin.
Anda harus membawa barang yang perlu saja seperti alat membaiki kereta dan alat yang dapat membantu ketika kecemasan.

Karier (alat membawa barang atas bumbung kereta) juga boleh menambah penggunaan petrol pada kadar lima peratus. Karier menghalang udara berlepas ke belakang dengan sempurna ketika kereta memecut.

Enjin dalam keadaan panas normal juga boleh membantu meningkatkan perbatuan dan prestasi kereta anda. Biarkan enjin panas sebelum memulakan perjalanan dan jangan sekali-kali memulakan perjalanan tanpa terlebih dulu merancang jalan mana untuk ke destinasi.

HOS AIR BOCOR....

   

Hari ni mase nak balik rumah tiba-tiba tempeture naik laa... pe lagi cari la port nak parking.. lepak la jap minum kat kedai mamak jap bagi enjin sejuk sikit sambil memikirkan kos yg bakal keluar jap agi.. dh sejuk tu aku check la punca tempeture naik.. chek punye chek sekali hos paip bwh injection bocor da.. ade la dalam seinci.. hmm.. call pomen jap tanye inisetif nak menggerakkan kereta aku ni.. aku pun buka la hos paip tu dengan menggunakan playar.. ingatkan susah.. senang je rupenye.. pastu aku potong la bahagian yang bocor tu.. pastu aku pasang balik hos tu kembali macam asal.. cume pendek sikit la sbb tempat yang bocor tu aku dah potong.. isi air balik dlm radiator sbb air dah kering.. then start enjin.. biar jap 5 minit.. hmm.. alhamdulillah... tempeture dh ok mcm biase.. tapi kereta masih tak boleh nak jalan jauh.. cume boleh la setakat nak sampaikan rumah... singgah jap kedai spare part cari hos paip yang bocor tu... harga hos tu RM8 je.. sampai je rumah aku biarkan enjin aku sejuk... dh sejuk tu aku tukarla hos air tu kepada yang baru... kalau kat kedai entah berapa ringgit la dia cas harga.. nasib baik la tau sikit2 ilmu kereta ni... bagi pengguna kereta tu biarla kita tau basic-basic pasal kereta...RM8 kite buat sendiri, silap-silap kat kedai boleh kene tipu mencecah sampai RM80...