Pages

Monday, 19 September 2011

Penjagaan enjin turbo...


1. Check minyak hitam setiap pagi bagi memastikan kandungan minyak hitam mencukupi. jangan pulak lenjan keta sampai minyak hitam kering. Pastikan jugak penggunaan gred minyak hitam yang seuai. for example.. 15W 40 atau 10W 40. base bagi minyak mestilah pekat dan agak likat sebab jika menggunakan minyak enjin berbase rendah contohnyer 0W 30 atau 5W 55, ini akan secara tak langsung akan menghakis dinding turbine anda ketika merembat atau overrev.

2. Coolant juga penting bagi enjin yang yang pakai sistem turbo ni. sedar tak sedar, sebenarnya selain minyak enjin, air juga digunakan untuk menyejukkan turbine. oleh yang demikian, coolant tu pun tak kurang penting. pastikan kandungan coolant mencukupi. ada segelintir pemilik keta turbo memasang sistem oil cooler pada kenderaan mereka, cara ini juga berkesan untuk memastikan suhu turbine terkawal tapi kos penyelengaraan agak mahal. terpulang pada anda untuk memilih.



3. Bagi mereka yang gemar melakukan overrev, pastikan gear shifting adalah tepat. silap haribulan, bukan setakat turbo kong, siap ngan enjin-enjin skali. siapa yang susah, mereka dan keluarga mereka. kat sini la terbukti bahawa penggunaan auto-shift light tu tak kurang pentingnya. sekurang-kurangnyer, ada amaran overrev dan membuat kita agak-agak la sket nak rev tinggi-tinggi. paling max sesebuah sistem turbo bleh menunjukkan boost pressure yang tinggi adalah pada 4500 - 6500 rpm. tak perlu nak santak sampai 7000 or redline baru nak shift gear.

4. Penggunaan air-cond juga mempengaruhi kerosakkan pada sistem turbo. elakkan daripada menggunakan air-cond terlalu lama ketika kenderaan tak bergerak. jangka hayat turbin jadik pendek sket sbb setiap kali jika rpm berubah ketika kipas radiator berpusing, secara tak langsung turbin pun turut tepusing selama lebih kurang 30 milisec. bukak la tingkap skali skala. jimat gak minyak. heheheh...

5. Turbo timer juga amatlah penting bagi kenderaan yang berkuasa turbo ni. ia berfungsi bagi membolehkan cooling down pada enjin dan turbo serta menghabiskan sisa minyak berlebihan pada intake enjin dan melakukan cut-off pada turbin. timer ni bebetul berfungsi pada hakikatnya walaupun sesetengah individu mengatakan penggunaan timer tu adalah sekadar nak menunjuk yang keta pakai turbo.

4 comments:

  1. tak update info yg baru ke..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...sya baru pakai perdana tt...sya risau jgk kalau2 ade kerosakan kecil...maklumlah baru nk belajar main turbo..enjin tt ni makan kos yg agak parah ke tuk repair???mintak pnjelasan skit dr otai2 turbo....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...sya baru pakai perdana tt...sya risau jgk kalau2 ade kerosakan kecil...maklumlah baru nk belajar main turbo..enjin tt ni makan kos yg agak parah ke tuk repair???mintak pnjelasan skit dr otai2 turbo....

    ReplyDelete
  4. as salam tuan,mohon jasa baik tuan beri info untuk cara bacaan pada boost meter,saya percaya ada dikalangan jita yang tidak tahu menahu langsung tentang bacaan boost meter,ini megakibatkan turbo boleh kong dengan cepat bila overrev,mohon jasa baik tuan...terima kasih

    ReplyDelete