Pages

Tuesday, 20 September 2011

Harga smarttag...

LORONG TAMBAH NILAI DITUTUP BAGI LANCARKAN TRAFIK LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

KUALA LUMPUR: Lorong tambah nilai Touch 'n Go Lebuhraya Utara-Selatan ditutup mulai Isnin hingga Khamis ini dan dari 16 hingga 19 September bagi memastikan kelancaran trafik sempena cuti umum Aidilfitri dan Hari Malaysia. Sebagai alternatif, PLUS Expressways Berhad (PLUS) akan membuka kaunter tambah nilai di beberapa kawasan rehat dan rawat sepanjang lebuh raya itu semasa lorong tersebut ditutup. Bagi tempoh Isnin hingga Khamis, kaunter tambah nilai akan dibuka di kawasan rehat dan rawat Gurun (Arah Utara), Gunung Semanggol (Arah Utara), Tapah (Arah Utara), Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Seremban (Arah Selatan), Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) dan Pagoh (Arah Utara).

Sementara itu, mulai 16 hingga 19 September, kaunter tambah nilai akan dibuka di Gurun (Arah Selatan), Gunung Semanggol (Arah Selatan), Tapah (Arah Selatan), Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Seremban (Arah Utara), Restoran Jejantas Ayer Keroh (Arah Selatan) dan Machap (Arah Selatan).

PLUS juga menawarkan harga istimewa untuk SmartTag sempena musim perayaan ini iaitu RM90 berbanding RM120, manakala kad PLUSMiles pada harga RM5 daripada RM10 mulai hari ini hingga 15 September, sementara stok masih ada.

PLUS berharap langkah tersebut menjadi satu inisiatif mempromosi penggunaan sistem pembayaran elektronik ketika waktu puncak sempena musim perayaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment