Bagi penunggang motorsikal pastinya masalah tayar bocor sewaktu perjalanan jauh di highway adalah perkara yang membingungkan. Nak pula pada waktu malam dan tidak membawa apa-apa alatan pembuka tayar atau tiub.
Disini ade la petua sikit nak bagi sebab pernah terjadi pada seorang kawan dan bolehlah kalau nak buat semasa terdesak ditengah Highway. Anda cume perlukan screwdriver. ape yang perlu anda buat ialah cungkil tayar tersebut seperti biasa nak buka tayar.
Setelah selesai anda cari rumput-rumput sebanyak mungkin. jangan risau kat highway mesti ada rumput kemudian sumbatkan rumput-rumput tersebut dalam tayar yang bocor. Pastikan sumbat rumput dalam tayar penuh dan mampat. Pasang semula tayar dan teruskanla perjalanan dengan perlahan sehingga ke destinasi atau kedai berhampiran.
P/S: Pastikan angin tayar cukup sebelum memulakan perjalanan jauh.
No comments:
Post a Comment