1. Setiap sebulan
sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum
pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. INGAT!
JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH
PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan
semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek.
Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira di dapati pencengkam
‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem
saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana
yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat
merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi.
Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat
kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan
berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik
memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini
mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang
dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah
minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk
kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum
di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai
sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya
mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan
sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang
diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat
kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh
pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya
cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik.
Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk
atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang
selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik
brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus
mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik
brek.
7. Untuk kereta auto,
pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya
dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik
brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin
mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran
bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat
insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan
sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni
bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin
(gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka
memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda
kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar
juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini
bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan
tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat
apabila padel ditekan.
No comments:
Post a Comment