Bateri Kering |
Bateri Basah |
Untuk bateri basah, pemilik kereta perlu sentiasa memantau keadaan air bateri. Pastikan ia berada pada paras yang normal. Sekiranya air bateri berada pada paras yang rendah, segera tambahkan air bateri. Ini bagi mengelakkan daripada plet plumbum menjadi kering. Manakala bateri kering (atau maintenance-free battery) pula berbeza dengan bateri basah dari segi penyelenggaraan. Bateri kering tidak memerlukan pemilik kereta untuk periksa air bateri setiap masa.
Cara Penjagaan Bateri
Pemilik kenderaan yang bijak adalah mereka yang tahu bagaimana untuk menjaga bateri kereta dengan baik. Jangka masa untuk melihat keupayaan bateri ini hanya mengambil masa 5 minit sahaja sebelum kita memulakan perjalanan.Dengan melaburkan masa 5 minit, ia mampu menyelamatkan kenderaan kita sepanjang perjalanan.
1. Seminggu Sekali
Lakukan penyelenggaraan pada air bateri seminggu sekali. Jika ia berada pada paras yang rendah, isi semula sehingga ia mencapai tahap yang normal.Elakkan daripada terlebih isi air bateri. Kerana limpahan air bateri akan merosakkan beberapa bahan kereta yang lain.Untuk membeli air bateri, ia boleh didapati di stesen minyak yang berdekatan dengan kos serendah RM2 sebotol.
2. Buang Debu Putih
Debu putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.Cara untuk bersihkan adalah menerusi (diambil dari blog Tip Penjagaan Kereta):
Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
Satu sudu teh serbuk.
Satu cawan air.
Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih.
Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.
3. Sentiasa Periksa Bateri
Seelok-eloknya, sebelum kita memulakan perjalanan ke tempat yang jauh, periksa bateri terlebih dahulu.Ada kemungkinan penutup bateri hilang, bahagian bateri retak dan sebagainya. Dengan melakukan semakan secara ringkas ini, kita dapat mengelakkan daripada menanggung risiko keselamatan dan kos yang tinggi bagi tujuan pembaikan.
terima kasih atas tips bersihkan bateri tu bro...
ReplyDeleteok.. sama2..
DeleteAdui peening penutup betri 1 hilang...mcm mn nkgtasi nk cr alternetiv lain bg ttp sementara ade idea x
ReplyDelete