Pages

Saturday, 9 June 2012

Hasil menggunakan radiator anti-rust

SEBELUM


SELEPAS

Setelah menggunakan radiator anti-rust, air di dalam sentiasa bersih tanpa karat. Amat berpuas hati dengan hasilnya. Gambar di atas radiator kereta saya setelah menggunakan anti-rust, karat tiada lagi dan sistem air penyejuk enjin berjalan dengan lancar.

Sumber : http://radiatorperformance.blogspot.com/

Tuesday, 5 June 2012

Petua tinted kereta



Make up kereta adalah cantik tetapi janganlah terlalu make up sehingga membahayakan diri. Kerana taksub dengan modifikasi terhadap kereta, kita memerbahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Sebagai contoh menggelapkan lampu belakang, dengan menggelapkan lampu belakang pemandu dari arah belakang kadang-kadang tidak dapat lihat dengan jelas lebih-lebih lagi diwaktu malam dan hujan lebat. Dah rapat baru dapat lihat kehadiran kereta didepan, menggelabah dia tekan brek. Tinted kereta juga perlu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta, tetapi janganlah tinted dengan terlalu gelap. Ini kerana pada waktu siang kita boleh lihat kenderaan diluar tetapi pada waktu malam pandangan kita menjadi terhad dan gagal melihat jarak tepat kenderaan di belakang, bila lihat cermin sisi kita juga gagal mengecam kenderaan di belakang kita samaada motosikal , kereta atau lori. Kerana saya pernah menggunakan tinted terlalu gelap , amat merbahaya dan menyusahkan. Jika ingin tinted boleh, tapi biarlah tidak terlalu gelap.

Kepala Bateri Juga Penting



Kepala bateri kereta juga jangan diambil remeh kerana pernah berlaku kereta secara tiba-tiba tidak boleh start. Sekiranya ini berlaku anda hendaklah lihat lampu check enjin dibahagian meter atau jam kereta menyala atau tidak. Jika tidak menyala anda cuba buka bonet kereta dan check kepala bateri kereta dengan menggoyangkannya sekiranya longgar ketatkan kepala bateri kereta anda. Kembali ke dalam kereta dan lihat lampu check enjin atau jam kereta menyala atau tidak. Sekiranya menyala bermakna kepala bateri kereta anda tidak diikat dengan ketat, dan anda boleh start seperti biasa. Tetapi jika tiada nyalaan mungkin bateri atau altenator kereta anda sudah rosak. Anda perlu jumper kereta anda dan pergi ke bengkel terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

*Sekiranya menggunakan bateri basah periksa air bateri anda setiap bulan. Jangan sampai ia kering.

Penjagaan Radiator Kereta


Radiator kereta merupakan komponen penting yang perlu diambil perhatian. Ini kerana Radiator kereta berfungsi sebagai penyejuk air untuk sistem penyejuk enjin, sekiranya radiator mengalami masalah tempeture kereta akan naik dan yang mungkin berlaku brake down di tengah jalan. Untuk penjagaan radiator, hendaklah menggantikan air radiator sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk mengelakkan air menjadi keruh dan berkarat. Sekiranya anda lihat karat terlalu banyak dan lihat seperti lumpur maka radiator tersebut hendaklah diservis. Kalau boleh selepas tukar dengan air baru campurkan anti-rust ke dalam radiator bagi mengelakkan karat hidup di dalam radiator. Setelah selesai memasukkan air di dalam radiator, periksa kipas kenderaan anda. Cara untuk memeriksa kipas anda perlu start enjin kereta dan biar dalam 5-10 minit, dalam masa tu tempeture akan naik dan kita dapat lihat kipas akan berjalan. Sekiranya jarum tempeture menunjukkan lebih daripada setengah tetapi kipas masih tidak berjalan bermakna kipas anda mempunyai masalah. Kebiasaannya berpunca daripada fius yang putus atau motor kipas sudah rosak.


Anti Karat Radiator


Masalah radiator tersumbat akibat karat adalah masalah biasa yang terjadi. Hal ini berlaku apabila air menjadi karat dan karat menyumbatkan sistem air penyejuk enjin seperti radiator, termostat dan waterpam. Saya menggunakan anti-rust di dalam radiator saya untuk penjagaan air agar tidak berkarat dan menghalang daripada tersumbat. Selalu apabila saya tukar air baru dan kemudian saya check pada keesokan harinya air radiator kembali karat. Tetapi selepas saya diperkenalkan dan menggunakan produk ini saya dapati air radiator saya masih lagi bersih dan tidak berkarat. Saya pernah menggunakan coolen berwarna hijau tetapi karat tetap muncul di dalam air, tetapi produk ini tidak berwarna dan jernih amat berpuas hati dapat lihat air radiator sentiasa bersih dan jernih.