Pages

Tuesday 5 June 2012

Penjagaan Radiator Kereta


Radiator kereta merupakan komponen penting yang perlu diambil perhatian. Ini kerana Radiator kereta berfungsi sebagai penyejuk air untuk sistem penyejuk enjin, sekiranya radiator mengalami masalah tempeture kereta akan naik dan yang mungkin berlaku brake down di tengah jalan. Untuk penjagaan radiator, hendaklah menggantikan air radiator sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk mengelakkan air menjadi keruh dan berkarat. Sekiranya anda lihat karat terlalu banyak dan lihat seperti lumpur maka radiator tersebut hendaklah diservis. Kalau boleh selepas tukar dengan air baru campurkan anti-rust ke dalam radiator bagi mengelakkan karat hidup di dalam radiator. Setelah selesai memasukkan air di dalam radiator, periksa kipas kenderaan anda. Cara untuk memeriksa kipas anda perlu start enjin kereta dan biar dalam 5-10 minit, dalam masa tu tempeture akan naik dan kita dapat lihat kipas akan berjalan. Sekiranya jarum tempeture menunjukkan lebih daripada setengah tetapi kipas masih tidak berjalan bermakna kipas anda mempunyai masalah. Kebiasaannya berpunca daripada fius yang putus atau motor kipas sudah rosak.


No comments:

Post a Comment