Pages

Tuesday, 5 June 2012

Kepala Bateri Juga Penting



Kepala bateri kereta juga jangan diambil remeh kerana pernah berlaku kereta secara tiba-tiba tidak boleh start. Sekiranya ini berlaku anda hendaklah lihat lampu check enjin dibahagian meter atau jam kereta menyala atau tidak. Jika tidak menyala anda cuba buka bonet kereta dan check kepala bateri kereta dengan menggoyangkannya sekiranya longgar ketatkan kepala bateri kereta anda. Kembali ke dalam kereta dan lihat lampu check enjin atau jam kereta menyala atau tidak. Sekiranya menyala bermakna kepala bateri kereta anda tidak diikat dengan ketat, dan anda boleh start seperti biasa. Tetapi jika tiada nyalaan mungkin bateri atau altenator kereta anda sudah rosak. Anda perlu jumper kereta anda dan pergi ke bengkel terdekat untuk pemeriksaan lanjut.

*Sekiranya menggunakan bateri basah periksa air bateri anda setiap bulan. Jangan sampai ia kering.

1 comment: