Pages

Tuesday 5 June 2012

Petua tinted kereta



Make up kereta adalah cantik tetapi janganlah terlalu make up sehingga membahayakan diri. Kerana taksub dengan modifikasi terhadap kereta, kita memerbahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Sebagai contoh menggelapkan lampu belakang, dengan menggelapkan lampu belakang pemandu dari arah belakang kadang-kadang tidak dapat lihat dengan jelas lebih-lebih lagi diwaktu malam dan hujan lebat. Dah rapat baru dapat lihat kehadiran kereta didepan, menggelabah dia tekan brek. Tinted kereta juga perlu untuk mengurangkan kepanasan di dalam kereta, tetapi janganlah tinted dengan terlalu gelap. Ini kerana pada waktu siang kita boleh lihat kenderaan diluar tetapi pada waktu malam pandangan kita menjadi terhad dan gagal melihat jarak tepat kenderaan di belakang, bila lihat cermin sisi kita juga gagal mengecam kenderaan di belakang kita samaada motosikal , kereta atau lori. Kerana saya pernah menggunakan tinted terlalu gelap , amat merbahaya dan menyusahkan. Jika ingin tinted boleh, tapi biarlah tidak terlalu gelap.

No comments:

Post a Comment