Pages

Wednesday, 10 July 2013

Anti Karat Untuk Air Radiator

DISINI saya ada menjual satu produk untuk masalah air radiator yang karat. Produk ini digunakan untuk mencegah air dalam tangki radiator daripada berkarat. Saya tunjukkan beberapa contoh di dalam gambar.
Jam Pertama

Selepas 24 Jam

Dalam gambar di atas kita boleh lihat perbezaan air selepas 24 jam, air yang bersama anti karat masih lagi cerah manakala air tanpa anti karat dapati berkarat dengan teruk. Produk ini tidak menghakis dan jika terkena tangan boleh basuh dengan air biasa sahaja.

Selalu ada beberapa pelanggan bertanya adakah ia boleh menghakis karat yang terlekat di dalam radiator?

Jawapannya adalah tidak kerana produk ini berfungsi untuk mencegah air radiator dari berkarat sahaja. Dan ia tidak bertindak untuk menanggalkan karat didalam radiaator anda. Ia sesuai digunakan selepas anda servis radiator atau untuk radiator baru.

Cara penggunaan adalah sama seperti penggunaan coolen, campur terus bersama air di dalam radiator. 1 botol untuk 1 radiator.

Kelebihan menggunakannya, getah penutup radiator sentiasa lembut, hos air tahan lama, mengurangkan karat tumbuh, mengurangkan risiko tersumbat, pengaliran air sistem penyejuk enjin menjadi lancar.

Pengingatan semula, produk ini tidak menghakis sebab itu ia tidak boleh menanggalkan karat degil di dalam radiator. Ia berfungsi untuk menjaga kebersihan air daripada tumbuh karat.

5 atau 6 bulan sekali tukarlah air radiator anda kepada yang baru. Harga RM20, sebotol mengandungi 500ml. Boleh call 013-2677460 untuk tempahan.



1 comment: