Tuesday, 6 May 2014

Penjagaan Gear Auto Proton Perdana



Bila seburt pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.



Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti henjut terus kereta 200km dari KL sampai Johor.  Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana henjut 200km tanpa henti. Jadi selepas anda membaca artikal ni, anda tidak perlulah nak henjut kereta anda begitu sekali, jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.



Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.
Bagi peminat perdana dan suka pada sistem auto maka anda perlulah menjaga gearbox auto perdana ini dengan teliti dan berdisplin. Jika anda ikut apa nasihat yang saya berikan ini, Inn Sha Allah ia akan bertahan lama. 

Yang penting jangan terlalu lasak semasa pemanduannya.

Tuesday, 8 October 2013

Masalah Starter Kereta Anda / Kereta Tak Boleh Start



BAGAIMANA nak kenali starter kereta anda kong ?. Pertama jika anda mula on suis kereta anda, lihat pada meter lihat anda. Jika semua ok itu tandanya bateri kereta anda dalam keadaan baik. Kedua bila hendak start tidak boleh hidup dan ada bunyi ( TAK!! TAK!! ) sewaktu anda start. Itu tanda awal starter kereta anda mula hendak rosak.

Jika starter anda kong, anda ada dua pilihan samada hendak menukar kepada baru atau baikinya. Selalunya hal ini berlaku kerana karbon didalam starter telah habis dan boleh baikinya dengan tukar karbon yang baru dengan harga dalam RM60 ke RM90 lebih kurang macamtu lah. Untuk kos beli starter baru lebih kurang dalam RM150 keatas. Caj upah pasang tu mengikut kedai yang anda pergi.

Tapi saya syorkan tukarlah kepada starter yang baru, beza hargapun dalam seratus dengan membaikinya. Biasalah barang baru ni best sikit. Hehe..



Apa-apapun jika berlaku seperti ini anda tidak perlu risau anda masih boleh hidupkan kereta anda dengan menolaknya kalau kereta anda manual , tapi kalau kereta auto tak dapatlah nak tolong. Sekian, semoga serba sedikit dapat membantu anda.







Monday, 29 July 2013

Cara Tukar Nama Bagi Pemilik Asal Yang Telah Meninggal Dunia









BAGI KENDERAAN MOTOR PEMILIK BERDAFTAR MENINGGAL DUNIA: 
    1. 2 salinan Borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009); Borang TM-3
    2. 2 salinan JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka); Borang JPJ K3A
    3. Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal(JPJK2).
    4. Salinan dokumen pengenalan identiti pemilik baru menggunakan TM-AB (jika tidak hadir semasa permohonan dikemukakan) * bagi kategori individu dan perniagaan milikan tunggal sahaja; TM-AB
    5. Salinan asal dan fotostat dokumen pengenalan identiti wakil (jika permohonan dikemukakan oleh wakil).
    6. Dokumen pengesahan pentadbir/pemilikan:
      1. Perintah Mahkamah; atau
      2. Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate) atau
      3. Surat Akuan/Arahan oleh Amanah Raya Berhad; atau
      4. Surat Pentadbir Pusaka (Grant Letter of Administrator) Pejabat Harta Pusaka Kecil;
    7. Laporan Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM (www.puspakom.com.my) yang masih berkuat kuasa.

Masalah Gear Box Kereta





GEAR ialah sejenis komponen yang mempunyai gigi dan ruang gigi pada lilitan luarnya. Bentuk ini membolehkan komponen lain seperti roda dan rod yang mempunyai gigi yang berpadanan disambungkan pada gear untuk memindahkan tork putaran dengan lancar. Gear biasanya digunakan di dalam alat transmisi. Bergantung kepada binaan dan susunan, peranti bergear boleh menghantar daya pada kelajuan, tork ataupun arah yang berbeza daripada sumber kuasa.

Masalah gear yang selalu dialami oleh kereta seperti :

1. Gear susah masuk
2. Gear tiba-tiba free
3. Ada bunyi hentakan setiap kali tukar gear

Masalah seperti ini selalu berpunca daripada :

1. Lambat menukar minyak gear
2. Minyak gear kering
3. Mengabaikan kebocoran minyak gear
4. Tidak pernah periksa minyak gear
5. Mounting rosak

Cara penjagaan yang boleh menyelamatkan gearbox anda adalah seperti  :

1. Bersihkan ruang auto filter
2. Tukar minyak gearbox
3. Tukar maunting gearbox
4. Tukar pin gearbox
5. Tukar oil seal

Untuk gear reverse yang susah nak masuk mungkin disebabkan :

1. Spline gear reverse dah makan
2. Bush gear linkage
3. Freeplay pedal klac
4. Gigi gear dah rosak


Cara Mengesan Kebocoran Di Radiator ( D.I.Y )

Cara Repair Plastik Radiator Yang Retak ( D.I.Y )



Jenis Kesalahan Dan Jumlah Saman



BIL
KESALAHAN
KOMPAUN
  ( RM )
1 – 15 HARI
16 – 30 HARI
31 – 60 HARI
1.
MELEBIHI HAD LAJU
300
300
300
300
2.
GAGAL PATUHI LAMPU ISYARAT
300
300
300
300
3.
MENGGUNAKAN TELEFON SEMASA MEMANDU
300
300
300
300
4.
TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR
300
300
300
300
5.
LESEN MEMANDU TAMAT TEMPOH
80
40
70
120
6.
GAGAL PAMER LESEN MEMANDU
60
40
70
120
7.
TIDAK PAMER CUKAI JALAN
60
40
70
120
8.
POTONG Q
300
300
300
300
9.
MEMOTONG DI SEBELAH KIRI
300
300
300
300
10.
MEMOTONG KENDERAAN DI GARISAN KEMBAR
300
300
300
300
11.
BERHENTI DIPETAK KUNING
80
100
150
250
12.
BREK TIDAK BERFUNGSI
60
100
150
250
13.
EKZOS BUNYI BISING
60
50
100
150
14.
PARKING BERHAMPIRAN PILI BOMBA
60
100
150
250
15.
PUSINGAN ‘U’ DITEMPAT YANG TIDAK DIBENARKAN
150
100
150
250
16.
UBAH SUAI NO PLAT
60
40
70
120
17.
HALANGAN LALULINTAS
60
100
150
250
18.
CACAT / UBAH CUKAI JALAN
100
40
70
120
19.
TIDAK TAMPAL ‘P’
60
40
70
120
20.
TIDAK BAWA LESEN
60
40
70
120
21.
PARKING DILORONG KECEMASAN
300
300
300
300
22.
PARKING DI HENTIAN BAS
60
100
150
250
23.
PANDU PERLAHAN DI SEBELAH KANAN JALAN
60
100
150
250
24.
TAYAR HAUS
60
50
100
150
25.
METER KELAJUAN TIDAK BERFUNGSI
60
50
100
150
26.
PARKING KENDERAAN DI LALUAN PEJALAN KAKI
60
100
150
250
27.
GAGAL PAMER INSURAN
60
40
70
120