BAGAIMANA nak kenali starter kereta anda kong ?. Pertama jika anda mula on suis kereta anda, lihat pada meter lihat anda. Jika semua ok itu tandanya bateri kereta anda dalam keadaan baik. Kedua bila hendak start tidak boleh hidup dan ada bunyi ( TAK!! TAK!! ) sewaktu anda start. Itu tanda awal starter kereta anda mula hendak rosak.
Jika starter anda kong, anda ada dua pilihan samada hendak menukar kepada baru atau baikinya. Selalunya hal ini berlaku kerana karbon didalam starter telah habis dan boleh baikinya dengan tukar karbon yang baru dengan harga dalam RM60 ke RM90 lebih kurang macamtu lah. Untuk kos beli starter baru lebih kurang dalam RM150 keatas. Caj upah pasang tu mengikut kedai yang anda pergi.
Tapi saya syorkan tukarlah kepada starter yang baru, beza hargapun dalam seratus dengan membaikinya. Biasalah barang baru ni best sikit. Hehe..
Apa-apapun jika berlaku seperti ini anda tidak perlu risau anda masih boleh hidupkan kereta anda dengan menolaknya kalau kereta anda manual , tapi kalau kereta auto tak dapatlah nak tolong. Sekian, semoga serba sedikit dapat membantu anda.