Tuesday, 3 November 2026

Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk

Masalah aircond kereta tidak sejuk adalah masalah serius di Malaysia memandangkan keadaan cuaca di Malaysia memerlukan aircond kereta sentiasa berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja peranan aircond ketika pemanduan waktu hujan juga penting bagi elakkan wap pada cermin kereta tiada. Berikut adalah beberapa faktor aircond kereta tidak sejuk.

Kompresor

Kompresor ibarat jantung aircond, jika ia rosak maka aircond tidak dapat dipam kedalam kereta. Akan tetapi masalah kompresor sangat jarang terjadi memandangkan kompresor mempunyai jangka hayat yang amat baik sehingga 8 tahun keatas untuk kereta baru.

Cooling Coil

Kebocoran pada cooling coil juga berlaku akibat tidak diselenggara dengan baik sebagai contoh mengisi gas aircond tanpa kepakaran mekanik. Ia boleh meyebabkan kebocoran pada cooling coil tersebut.

Kipas Aircond

Kipas aircond tidak berpusing kerana masalah fius atau motor telah rosak. Hal ini juga akan mengakibatkan kompresor tidak dapat hidup dan aircond tidak dapat dihasilkan.

Fius / Pendawaian Terbakar 

Selain itu fius dan pendawaian juga boleh menjadi faktor power supply ke sistem aircond tidak dapat hidup. Jadi perlu disemak oleh mekanik dimana fius atau wayar yang bermasalah.

Gasket / O Ring

Bahagian ini juga boleh mengakibatkan kebocoran halus jika tdak diketatkan dengan baik. Jadi gas boleh bocor melalui bahagian O ring ini.

Magnet Clutch

Part ini jika rosak akan membuat bising pada kereta anda, ia berada di bahagian kompresor pully. Akan tetapi aircond masih lagi sejuk cuma ia akan membuat bunyi yang bising pada bahagian enjin.






Semoga ia dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenal pasti kerosakan aircond kereta. Pendapat saya jika kereta yang anda gunakan sudah lebih 10 tahun jadi buat full servis aircond adalah keputusan yang bijak.

No comments:

Post a Comment