Tuesday, 3 November 2026

Road Tax Kereta Lama Mati

Roadtax kereta tak hidup kerana kereta sudah lama tidak berjalan atas jalaraya atau terlupa hendak hidupkan roadtax kereta. 

Jika sebelum ini tempoh hidupkan roadtax diberikan 1 tahun akan tetapi sekarang tempoh 3 tahun diberikan untuk anda hidupkan semula roadtax sebelum arahan ke puspakom dan pemeriksaan JPJ dilakuikan.

Jadi jika roadtax anda tidak hidup  dibawah 3 tahun, anda boleh hidupkan seperti biasa. Tetapi jika melebihi 3 tahun perlu jalani pemeriksaan JPJ dan Puspakom.

Masalah Aircond Kereta Tak Sejuk

Masalah aircond kereta tidak sejuk adalah masalah serius di Malaysia memandangkan keadaan cuaca di Malaysia memerlukan aircond kereta sentiasa berfungsi dengan baik. Bukan itu sahaja peranan aircond ketika pemanduan waktu hujan juga penting bagi elakkan wap pada cermin kereta tiada. Berikut adalah beberapa faktor aircond kereta tidak sejuk.

Kompresor

Kompresor ibarat jantung aircond, jika ia rosak maka aircond tidak dapat dipam kedalam kereta. Akan tetapi masalah kompresor sangat jarang terjadi memandangkan kompresor mempunyai jangka hayat yang amat baik sehingga 8 tahun keatas untuk kereta baru.

Cooling Coil

Kebocoran pada cooling coil juga berlaku akibat tidak diselenggara dengan baik sebagai contoh mengisi gas aircond tanpa kepakaran mekanik. Ia boleh meyebabkan kebocoran pada cooling coil tersebut.

Kipas Aircond

Kipas aircond tidak berpusing kerana masalah fius atau motor telah rosak. Hal ini juga akan mengakibatkan kompresor tidak dapat hidup dan aircond tidak dapat dihasilkan.

Fius / Pendawaian Terbakar 

Selain itu fius dan pendawaian juga boleh menjadi faktor power supply ke sistem aircond tidak dapat hidup. Jadi perlu disemak oleh mekanik dimana fius atau wayar yang bermasalah.

Gasket / O Ring

Bahagian ini juga boleh mengakibatkan kebocoran halus jika tdak diketatkan dengan baik. Jadi gas boleh bocor melalui bahagian O ring ini.

Magnet Clutch

Part ini jika rosak akan membuat bising pada kereta anda, ia berada di bahagian kompresor pully. Akan tetapi aircond masih lagi sejuk cuma ia akan membuat bunyi yang bising pada bahagian enjin.






Semoga ia dapat membantu anda sedikit sebanyak mengenal pasti kerosakan aircond kereta. Pendapat saya jika kereta yang anda gunakan sudah lebih 10 tahun jadi buat full servis aircond adalah keputusan yang bijak.

Monday, 2 November 2026

Kartun Santai Petang





 Kartun Melayu kartun Malaysia Santai Petang

Kopi 434 Muar






 Kopi 434 ni terkenal disekitar Muar , 1 uncang 1 cawan memang padu rasa kopi dia. 

Tips nak menjimatkan penggunaan petrol

1. Pemanduan Yang Peka...
Elakkan pemanduan secara agresif (memecut, pecutan dan membrek secara
melulu). Ia boleh menurunkan penggunaan minyak anda sebanyak 33% dengan
kelajuan di lebuh raya dan 5% di sekitar bandar.
Memandu dengan tenang. Memperlahan atau memecut akan menggunaka lebih
banyak bahan api. Elakkan mengekori kenderaan lain.
Bukan sahaja ia tidak selamat, tetapi jika menjejaskan penggunaan minyak
anda, jika beliau memperlahankan kenderaan tanpa diduga.
Apabila menghampiri kawasan berbukit, jika anda ingin memecut, lakukannya
sebelum anda sampai bukit, bukan apabila anda sudah berada di bukit.

2. Awasi Had Laju..
Penggunaan minyak biasanya akan meningkat dengan pantas apabila pecutan
melebihi 100 km/j. Kebiasaan, anda boleh mengandaikan bahawa setiap 10 km/j
selepas 100 km/j adalah seperti membayar tambahan 40 sen untuk seliter petrol.
Pengawasan had laju adalah juga lebih selamat.




3. Hindari Berat Berlebihan..
Elakkan menyimpan barang-barang yang tidak perlu di kenderaan anda,
terutamanya barang yang berat. Setiap 15 kg tambahan di kenderaan anda, ia
boleh meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 2%.

4. Elakkan Hidupkan Enjin Lama...
Elakkan memanaskan enjin kenderaan terlalu lama walaupun ketika waktu pagi
yang dingin. 2 hingga 3 minit adalah memadai untuk pemanasan enjin.

5. Beli Minyak Ketika Waktu Sejuk...
Beli bahan api ketika waktu sejuk - awal pagi atau lewat petang adalah waktu
yang terbaik. Pada waktu-waktu ini gasolin adalah lebih tumpat.
Elakkan mengisi minyak terlalu penuh atau sehingga tertumpah. Berhenti
mengisi minyak selepas nozzle di pam minyak berbunyi “klik”.




6. Gunakan Gear Tinggi.
Perjalanan dengan kadar yang laju dengan menggunakan gear rendah boleh
meningkatkan penggunaan minyak sehingga 45% dari yang sepatutnya.
Kenderaan bertransmisi manual membolehkan anda menukar ke gear tinggi
secepat yang mungkin, membolehkan anda menjimatkan minyak.

7. Tutup Cermin Tingkap.
(Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang
terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%

8. Secara Umum..
Jangan tekan pedal minyak terlalu kuat. Tekanan yang lebih menyebabkan
penggunaan minyak berlebihan. Untuk kenderaan transmisi automatik, pastikan
gear diletakkan pada posisi “neutral” jika berhenti atau tidak bergerak.
Penyelenggaraan kereta dan enjin juga penting. Pastikan penapis udara
dibersihkan. Aliran udara yang tidak optimum menyebabkan penambahan
penggunaan minyak.




9. Periksa Tekanan Tayar..
Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak
sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi
kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali