Pages

Tuesday 6 May 2014

Penjagaan Gear Auto Proton Perdana




2010 proton proton-perdana 2.0 V6

Bila seburt pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.



Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti henjut terus kereta 200km dari KL sampai Johor.  Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana henjut 200km tanpa henti. Jadi selepas anda membaca artikal ni, anda tidak perlulah nak henjut kereta anda begitu sekali, jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.



Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.
Bagi peminat perdana dan suka pada sistem auto maka anda perlulah menjaga gearbox auto perdana ini dengan teliti dan berdisplin. Jika anda ikut apa nasihat yang saya berikan ini, Inn Sha Allah ia akan bertahan lama. 

Yang penting jangan terlalu lasak semasa pemanduannya.

Tuesday 8 October 2013

Masalah Starter Kereta Anda / Kereta Tak Boleh Start



BAGAIMANA nak kenali starter kereta anda kong ?. Pertama jika anda mula on suis kereta anda, lihat pada meter lihat anda. Jika semua ok itu tandanya bateri kereta anda dalam keadaan baik. Kedua bila hendak start tidak boleh hidup dan ada bunyi ( TAK!! TAK!! ) sewaktu anda start. Itu tanda awal starter kereta anda mula hendak rosak.

Jika starter anda kong, anda ada dua pilihan samada hendak menukar kepada baru atau baikinya. Selalunya hal ini berlaku kerana karbon didalam starter telah habis dan boleh baikinya dengan tukar karbon yang baru dengan harga dalam RM60 ke RM90 lebih kurang macamtu lah. Untuk kos beli starter baru lebih kurang dalam RM150 keatas. Caj upah pasang tu mengikut kedai yang anda pergi.

Tapi saya syorkan tukarlah kepada starter yang baru, beza hargapun dalam seratus dengan membaikinya. Biasalah barang baru ni best sikit. Hehe..



Apa-apapun jika berlaku seperti ini anda tidak perlu risau anda masih boleh hidupkan kereta anda dengan menolaknya kalau kereta anda manual , tapi kalau kereta auto tak dapatlah nak tolong. Sekian, semoga serba sedikit dapat membantu anda.